Kurus Juruacara Majlis Diraja Negeri Selangor diadakan adalah bertujuan untuk melatih dan melahirkan pelapis baru juruacara di negeri Selangor dalam mengendalikan majlis rasmi Diraja Negeri Selangor. Kursus ini merangkumi pengendalian acara rasmi sama ada di dalam istana mahupun di luar istana mengikut protokol yang telah ditetapkan.
Melihatkan kepada kepentingan peranan juruacara dalam memastikan kelancaran sesuatu majlis terutamanya yang melibatkan kehadiran kerabat Diraja, IPPTAR menganjurkan Kursus Juruacara Majlis Diraja demi melatih dan melahirkan lebih ramai pegawai-pegawai di kalangan penjawat awam untuk mengendalikan acara rasmi Diraja.
PESERTA KURSUS TERDIRI DARI KUMPULAN PELAKSANA JABATAN PENERANGAN NEGERI SELANGOR DAN PEGAWAI DARI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR SAHAJA
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Etika Dan Protokol 1 | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Etika Dan Protokol 2 | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Pengenalan Pengacaraan Majlis Diraja |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Asas Penulisan Skrip | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Teknik asas Pengendalian Situasi Luar Jangka | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Kemahiran Vokal |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Latihan Amali (Individu) | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Latihan Amali (Individu) | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Penilaian Peserta |