1. Kursus Pemandu Cemerlang ini diadakan selama tiga (3) hari khusus kepada Pemandu Kenderaan Kerajaan (dengan jumlah jam berkursus adalah 18). Metodologi kursus adalah berbentuk ceramah dan satu sesi khas untuk latih amal penggunaan Buku Log Kenderaan.
2. Untuk Siri 2 Tahun 2023, Modul Kembara Pemandu akan diperkenalkan (ditambah) dan menjadikan jumlah hari berkursus adalah empat (4) hari.
3. Semoga kursus ini dapat menghasilkan Pemandu Kenderaan Kerajaan yang cemerlang dengan disiplin, etika dan pengetahuan yang tinggi.
1. Kursus ini akan berakhir pada jam 1630 hrs pada 11.08.2023. Sila ambil perhatian.
2. Modul baharu iaitu Modul Kembara Pemandu akan diadakan bermula dari Siri 2 Tahun 2023. Dalam program sehari ini, peserta akan dibawa keluar ke Empangan Bengoh, Padawan untuk mengukuhkan silaturahim sesama peserta dari seluruh pelusuk negara. Sila bawa pakaian sukan dan kasut yang sesuai untuk aktiviti pendakian.
3. SUK akan mewujudkan satu Gerup WhatsApp Kursus sehari sebelum berkursus. Sila kemaskini maklumat HRMIS tuan/puan terlebih dahulu dengan nombor telefon bimbit yang betul sebelum membuat permohonan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Ciri-Ciri Pemandu Berhemah dan Cemerlang. | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengurusan Buku Log Kenderaan Kerajaan. | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latihamal Penyelenggaraan Buku Log Kenderaan Kerajaan. |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Undang-Undang dan Kesalahan-Kesalahan Yang Selalu Dilakukan di Bawah APJ 1987. | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pemanduan Berhemah. | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Ujian Bertulis dan Mata Demerit. |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kembara Pemandu ke Empangan Bengoh, Padawan. | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kembara Pemandu ke Empangan Bengoh, Padawan. | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kembara Pemandu ke Empangan Bengoh, Padawan. |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Komunikasi Pemandu Kenderaan Kerajaan. | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Imej dan Ketrampilan Diri Pemandu Kenderaan Kerajaan. | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Rumusan, Penutupan & Penilaian Kursus. |