Kursus ini terbuka kepada semua penjawat awam Gred 19 sehingga Gred 44 yang ingin meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pengurusan buku perkhidmatan kerajaan dan juga kepada penjawat awam yang akan bersara dalam perkhidmatan bagi persediaan awal apa yang diperlukan dokumentasi buku perkhidmatan.
1. Pemillihan peserta kursus diutamakan kepada Pegawai Yang Menguruskan Buku Perkhidmatan dan juga Pegawai Yang akan bersara untuk persediaan awal menyemak dokumentasi Buku Perkhidmatan.
2. Pemilihan peserta yang lain bedasarkan kriteria permohonan peserta memohon kursus ini.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus.
4. Tempat Penginapan disediakan bagi yang tinggal di luar kawasan Kuching atau Samarahan. Sila klik ruangan PERLU PENGINAPAN dalam permohonan.
5. Makan / minum disediakan untuk pagi dan tengahari. Bagi peserta yang menginap diasrama INSARA, makan malam dan minum pagi DISEDIAKAN pada hari mula berkursus.
6. Peserta digalakkan membawa pakaian sukan untuk aktiviti selepas masa berkursus.
7. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/ puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
8. Peserta diingatkan mematuhi Etika Perkhidmatan Awam sepanjang berkursus dan peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Buku Perkhidmatan Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kaedah Merekod Kenyataan Peribadi & Kenyataan Perkhidmatan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latih Amal 1 |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kaedah Merekod Kenyataan Cuti & Lembaran Kelakuan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengenalan dan Penyediaan Penyata Perubahan (KEW.8) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latih Amal 2 |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Latih Amal 3 | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pembentangan Kumpulan Penilaian dan Penutupan Kursus |