Kursus ini dijalankan bagi membantu individu mengenal perasaan diri, memotivasi dan mengendalikan emosi diri dengan lebih berkesan. Kawalan emosi serta peningkatan tahap spiritual yang stabil akan boleh membantu individu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih komited dan sekaligus mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan kondusif. Kursus ini akan memberi pendedahan berkaitan aspek berikut:
Inventori dan interpretasi diri dan emosi (personal profile).
Emosi: ekspresi perasaan dan pemikiran (self awareness).
Kuasa minda separuh sedar: kawalan emosi menerusi minda separuh sedar.
Aplikasi psikologi positif dan pengurusan emosi.
Kursus Kebijaksanaan Emosi dan Spiritual Siri 1/2023 ini akan diadakan secara dalam talian.
Antara syarat lain:
1- Peserta TIDAK PERNAH menyertai Kursus Kebijaksanaan Emosi dan Spiritual anjuran INTAN Bukit Kiara sebelum ini.
2- Peserta yang berjaya terpilih perlulah menggunakan komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi dengan baik. Penggunaan telefon bimbit atau peranti lain adalah TIDAK BERSESUAIAN memandangkan peserta akan menjalani aktiviti bertulis dalam sesi-sesi perkongsian.
3- Peserta perlu menghadiri setiap slot perkongsian dengan menggunakan NAMA SEBENAR.
4- Mengisi penilaian kursus setelah tamat kursus.
Kegagalan peserta untuk mematuhi syarat-syarat asas ini boleh menyebabkan permohonan kursus seterusnya tidak akan dipertimbangkan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENGENALAN KEPADA KEBIJAKSANAAN EMOSI DAN SPIRITUAL | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | ESI : KOMPETENSI PERIBADI (KAWALAN EMOSI DIRI & EMPATI) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | KENALI PERSONALITI DIRI |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | ESI : KOMPETENSI SOSIAL (KONFLIK & KOMUNIKASI) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | KEBIJAKSANAAN SPIRITUAL DAN ETIKA | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | ESI SOSIAL (sambungan) & RUMUSAN |