Carian Kursus

[ KNA0007 ] Kursus Persembahan Berimpak Tinggi [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan kefahaman berkaitan tatacara penyampaian pembentangan atau persembahan yang berkesan. Dalam masa yang sama Ia juga memberikan pendedahan berkaitan dengan pengucapan awam dan pengacaraan majlis yang berkesan. Kursus juga menyentuh berkaitan komunikasi yang berkesan dalam perhubungan interpersonal yang merupakan asas kepada persembahan yang berimpak tinggi.

Kursus ini terangkum di dalam Kompetensi Generik, Kluster Pembangunan Teras di bawah Dasar Latihan JPA

Objektif Kursus
  1. Memahami tatacara komunikasi yang berkesan dalam perhubungan interpersonal dan perhubungan organisasi
  2. Merancang persembahan/pembentangan dengan lebih sistematik
  3. Membangunkan bahan dan alat bantuan persembahan/ pembentangan yang dapat memberikan impak optimum kepada audien
  4. Menjadi pengacara majlis yang serba boleh
Syarat Tambahan

Kefahaman ini akan dapat membantu meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam membangunkan kandungan persembahan dan pengucapan awam dengan berkesan di samping berkebolehan menjadi pengacara majlis rasmi yang berimpak tinggi.

Modul/Topik
Hari Pertama | 23/04/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran - Taklimat Kursus - Dinamika Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Komunikasi Verbal & Non-Verbal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Menganalisis Audiens dan Pengucapan Awam
Hari Ke-2 | 24/04/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembangunan Slaid Persembahan Berimpak Tinggi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembangunan Slaid Persembahan Berimpak Tinggi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Komunikasi Visual
Hari Ke-3 | 25/04/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Komunikasi Vokal dan Perancangan Persembahan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengacaraan Majlis Rasmi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Persediaan Persembahan
Hari Ke-4 | 26/04/2024 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi Praktikal
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Sesi Praktikal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perbincangan, Penilaian & Penutupan Kursus