Carian Kursus

[ KNA0007 ] Kursus Persembahan Berimpak Tinggi [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan kefahaman berkaitan tatacara penyampaian pembentangan atau persembahan yang berkesan. Dalam masa yang sama Ia juga memberikan pendedahan berkaitan dengan pengucapan awam dan pengacaraan majlis yang berkesan. Kursus juga menyentuh berkaitan komunikasi yang berkesan dalam perhubungan interpersonal yang merupakan asas kepada persembahan yang berimpak tinggi.

Kursus ini terangkum di dalam Kompetensi Generik, Kluster Pembangunan Teras di bawah Dasar Latihan JPA

Objektif Kursus
  1. Memahami tatacara komunikasi yang berkesan dalam perhubungan interpersonal dan perhubungan organisasi
  2. Merancang persembahan/pembentangan dengan lebih sistematik
  3. Membangunkan bahan dan alat bantuan persembahan/ pembentangan yang dapat memberikan impak optimum kepada audien
  4. Menjadi pengacara majlis yang serba boleh
Syarat Tambahan

Kefahaman ini akan dapat membantu meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam membangunkan kandungan persembahan dan pengucapan awam dengan berkesan di samping berkebolehan menjadi pengacara majlis rasmi yang berimpak tinggi.

Modul/Topik
Hari Pertama | 14/04/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran, Taklimat Kursus, Dinamika Kumpulan dan Pengenalan Kepada Komunikasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Komunikasi Verbal & Non-Verbal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Komunikasi Visual
Hari Ke-2 | 15/04/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Komunikasi Vokal
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Menganalisis Audiens
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengucapan Awam dan Perancangan Persembahan
Hari Ke-3 | 16/04/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembangunan Slaid
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembangunan Slaid
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembangunan Slaid
Hari Ke-4 | 17/04/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi Praktikal
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi Praktikal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan, Penilaian & Penutupan Kursus