Penjawat awam diseru memegang nilai H.E.M.A.T, yang merujuk kepada kewaspadaan dalam tindakan serta ketelitian dalam pelaksanaan segala tugas yang diamanahkan, sebagai panduan dalam menyampaikan perkhidmatan bermutu kepada rakyat. Ini selaras dengan seruan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz.
Namun sejauh mana pemahaman kita mengenainya?
Ayuh sertai kursus Kursus Pembudayaan H.E.M.A.T Penjawat Awam bagi membolehkan kita sama-sama memahami aspirasi kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam demi memberikan yang terbaik kepada rakyat.
Terbuka kepada semua penjawat gred 1-15 (SSPA).
Terbuka kepada semua penjawat awam dari gred 1-15 (SSPA).
Semua peserta dikehendaki berpakaian pejabat (tanpa tali leher), atau berbaju korporat jabatan atau boleh juga berbaju batik Malaysia lengkap dengan tanda nama.
Penginapan asrama di INTAN Kampus WIlayah Utara (INTURA) hanya disediakan kepada peserta dari luar kawasan Sungai Petani tertakluk kepada kekosongan.
Sarapan, minum pagi, makan tengahhari dan makan malam akan disediakan sepanjang kursus kecuali makan malam tidak disediakan pada 20.09.2026 dan 22.09.2026
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pendaftaran/ Taklimat | |
| : | Pengenalan kepada HEMAT | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Slot Nilai H: Hijrah Tata Kelola | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Slot Nilai E: Empati Rakyat |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Slot Nilai M: Minda Pekin | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Slot Nilai A: Apresiasi Inovasi | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Slot Nilai T: Telus Tadbiran |