Carian Kursus

[ KPA0006 ] Seni Berkebun di Rumah [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

 

Sub Pusat Pengurusan Projek, Program Pengajian Dasar Awam, Pengurusan Projek dan Governan akan menganjurkan Kursus Seni Berkebun di Rumah pada 14 - 15 Mac 2023. Kursus ini adalah terbuka kepada semua.

Para peserta akan didedahkan dengan pelbagai kaedah dan teknik berkebun samada di belakang, di halaman mahupun di dalam rumah. Peserta juga akan didedahkan dengan bagaimana memilih tanaman yang sesuai untuk di tanam di rumah kita sendiri, membuat baja dan racun secara organik.Peserta juga dapat mengetahui cara menanam pokok sayur-sayuran, umbisi dan buah-buahan. Selain itu, pelbagai teknik baru akan diperkenalkan seperti kitchen garden, keyhole, window garden, microgreen, hidroponic,NFT dan lain-lain. Jom belajar cara-cara Berkebun di Rumah

 

Objektif Kursus
  1. Memilih tanaman yang sesuai dengan rumah kita
    Elect plants that suit our home
  2. Membuat baja dan racun organik
    Making organic fertilizers and pesticides
  3. Mengetahui cara menanam pokok sayur-sayuran, umbisi dan buah-buahan
    Learning the process how to grow vegetables, bulbs (corms / tubers) and fruits
  4. Memahami apa itu Kitchen Garden, Keyhole, Window Garden, Microgreen, Hydroponic dan banyak lagi teknik berkebun di rumah
    Learn and understand what is Kitchen Garden, Keyhole, Window Garden, Microgreen, Hydroponic and many other home gardening techniques
  5. 1. mengajar menggunakan teknik yang betul dalam menghasilkan makanan sendiri di rumah 2. Memastikan pengeluaran bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan
Modul/Topik
Hari Pertama | 14/03/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan, Teori, Konsep & Praktikal : Seni Berkebun di Rumah Agritecture
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Persiapan Berkebun di rumah ( Teknik penyediaan media, pemilihandan Penyediaan bahan tanaman, benih, baja dan racun organik)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Berkebun di belakang rumah ( teknik Raised bed & Key Hole)
Hari Ke-2 | 15/03/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Berkebun di halaman rumah Teknik hidroponik & NFT
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Berkebun di dalam rumah (teknik pembuatan tauge,Microgreen & window -indoor garden)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Praktikal Penyediaan Tanaman & Rumusan