Kursus ini dirangka bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam merancang, mengurus serta melaksanakan strategi komunikasi digital yang berkesan melalui platform media sosial. Penekanan diberikan kepada pengurusan strategik kandungan selaras dengan objektif organisasi, di samping penerapan teknik kreatif dalam penghasilan video yang menarik, berimpak dan relevan dengan sasaran audiens.
Peserta akan didedahkan kepada asas pengurusan strategik media sosial, perancangan kandungan, penjenamaan digital, serta teknik penghasilan video termasuk penyediaan skrip, komposisi visual, penggambaran, suntingan dan penggunaan elemen kreatif yang sesuai. Kursus ini turut menekankan amalan terbaik, etika serta pematuhan garis panduan organisasi dalam pengurusan dan penerbitan kandungan digital.
Pada akhir kursus, peserta dijangka mampu menghasilkan video media sosial yang berkualiti tinggi, strategik dan berkesan sebagai medium penyampaian maklumat serta sokongan kepada imej dan reputasi organisasi.
1. Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;
4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM dan Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.
5. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah disediakan. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).
6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | BUILDING VISIBILITY, CREATING IMPACT | |
| : | STRENGHTHENING OUR PERSONAL BRAND | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | CONTENT IDEATION | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | PEMBINAAN CONTENT |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | VIDEO EDITING CAPCUT | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | LIVE STREAMING | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | RUMUSAN DAN PENUTUP |