Pelan komunikasi Strategik adalah tulang belakang dan tunjang kepada halatuju korporat serta perhubungan awam bagi sesuatu organisasi itu, pelan ini dengan jelas akan menggariskan tindakan dan halatuju komunikasi,perhubungan awam, media, komunikasi krisis, kempen publisiti dan promosi juga penjenamaan imej korporat sesebuah organisasi itu bagi menjayakan visi ,misi dan objektif secara holistik terancang dan profesional.
Setiap organisasi adalah wajib/diperlukan untuk menyediakan kerangka kerja pelan komunikasi strategik bagi memandu mereka dalam merealisasikan halatuju & matlamat komunikasi korporat sesebuah jabatan itu dengan jelas untuk dilaksanakan.
Kursus Pelan Komunikasi Strategik ini dirancang untuk memantapkan kemahiran profesionalisma dalam kalangan Pegawai Penerangan, Pegawai Perhubungan Awam dan yang seumpamanya yang bertugas diseluruh negara di pelbagai kementerian & jabatan amnya khasnya Jabatan Penerangan.
Kursus ini memberi pengajaran & pembelaran serta pendedahan asas secara teori dan amali kepada peserta untuk merangka Plan Komunikasi Strategik yang holistik dan profesional bagi membantu mereka bertugas di tempat masing-masing. Contoh-contoh Case study & best practise juga pengalaman terdahulu akan dijadikan contoh yang realistik kepada peserta dalam kursus ini. Peserta akan dibimbing oleh pensyarah yang berpengalaman luas dan peserta akan diberi peluang untuk membuat Pelan Komunikasi organisasi mengikut Subject Matter Expert dan keperluan organisasi masing-masing.
Latihan amali akan diberikan kepada peserta untuk mengaplikasi teori, teknik dan kemahiran bagi merangka pelan komunikasi dengan sistematik terancang serta berkesan bagi peningkatan mutu kerja peserta di organisasi masing-masing. Sasaran peserta adalah pegawai-pegawai pengurusan dan profesional serta pelaksana .
Peserta yang difokoskan terdiri dalam kalangan pegawai dan penolong pegawai penerangan di seluruh Malaysia yang bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam,Pegawai Komunikasi Strategik, Pegawai Komunikasi Korporat dan segagainya di pelbagai jabatan & kementerian amnya dan khususnya di Jabatan Penerangan & Kementerian Komunikasi serta agensi dibawahnya.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan kepada Pelan Komunikasi Strategik | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Perkongsian Sebenar Pelan Komunikasi MH 370 oleh En Mano Verabathran SUB Antarabangsa | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Penyediaaan Pelan Komunikasi Strategik Organisasi /Proses kerja |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Perancangan dan pelaksanaan Pelan Komunikasi Bencana(Krisis) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Tugasan pelan komunikasi bencana ( kumpulan ) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pelan Komunikasi Media dan Publisiti |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Perancangan dan Pelaksanaan Pelan Komunikasi Media dan Publisiti | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Tugasan pelan Komunikasi Media dan Publisiti ( individu) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Tugasan Pelan Komunikasi Media dan Publisiti Sesi pembentangan |