Kursus ini khusus untuk penjawat awam yang menerangkan mengenai Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan yang sistematik dan betul berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Semasa yang berkuatkuasa. Semua Penjawat Awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan stor adalah digalakkan untuk menyertai kursus ini.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Tidak datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Covid-19. Jika rumah/pejabat diisytiharkan PKPD, sila maklumkan lebih awal kepada urus setia untuk dibatalkan penyertaan kursus.
2. Mendaftar masuk ke penginapan INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sebelum jam 4.30 petang sehari sebelum kursus bermula.
3. Memuat turun buku program dan nota kursus sebelum kursus bermula melalui pautan kursus berkenaan di www.dtims.intan.my.
4. Menetapkan telefon bimbit pada mod SENYAP sepanjang sesi pembelajaran.
5. Bersedia di bilik kursus 5 minit lebih awal sebelum sesi pembelajaran bermula. Pastikan tandatangan buku kehadiran atau scan QR Code setiap kali hadir ke sesi pembelajaran.
6. Menyelesaikan pre test pada awal kursus dan post test pada akhir kursus. Link kepada pre dan post test akan diberikan oleh urus setia semasa taklimat kursus.
7. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan. Kekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi dan beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.
8. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia dan penceramah.
9. Mematuhi larangan premis Kerajaan bebas rokok dan peraturan-peraturan lain berkuatkuasa semasa.
10. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan : Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Penerimaan Stok | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Merekod Stok |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penyimpanan Stok | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pengeluaran Stok | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pemeriksaan (Verifikasi Stor) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Keselamatan dan Kebersihan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pindahan dan Pelupusan Stok | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kehilangan dan Hapus Kira |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pembentangan Kumpulan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pembentangan Kumpulan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Rumusan dan Penutupan Kursus |