Kursus Penyediaan Spesifikasi dan Skema Pemarkahan Sebut Harga / Tender ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan kepada peserta untuk menyediakan spesifikasi dan skema pemarkahan bagi sesuatu perolehan sebut harga atau tender bekalan dan perkhidmatan (bukan perunding) yang dilaksanakan melalui sistem ePerolehan.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
Peserta perlu mendapatkan pelepasan dan kelulusan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
Makan pagi, tengahari dan malam sepanjang kursus disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan malam sehari sebelum kursus;
Tempat penginapan disediakan sepanjang tempoh kursus di INTAN Kampus Wilayah Timur;
Sejumlah RM30.00 yuran pendaftaran kursus hendaklah dibayar sebelum hari pertama kursus melalui Portal DTIMS. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian / Jabatan / Agensi / Institusi masing-masing;
Tuan / Puan dipohon untuk memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my) sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh kursus; dan
Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pendaftaran dan Taklimat Kursus | |
| : | Pengenalan Pengurusan Perolehan Kerajaan dan Fungsi Jawatankuasa Spesifikasi | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Penyediaan Spesifikasi Sebut Harga dan Tender | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Penyediaan Spesifikasi Sebut Harga dan Tender |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Penyediaan Spesifikasi Sebut Harga dan Tender | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Penyediaan Spesifikasi Sebut Harga dan Tender | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Penyediaan Spesifikasi Sebut Harga dan Tender |