Carian Kursus

[ SZA0038 ] Kursus Pengurusan Pelanggan [ Siri 2/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai PKPA Bilangan 1 Tahun 2008 :Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan pelanggan di jabatan/agensi masing-masing untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan secara berkesan  dan berkualiti iaitu Delighting the Customer dari aspek fizikal, penyampaian dan emosi serta dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep asas perkhidmatan pelanggan berdasarakan PKPA 1/2008: Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan;
  2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua (2) tugas dan tanggungjawab sebagai penyelia atau pengurus perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berbudi bahasa; dan
  3. Menyenaraikan kepentingan perkhidmatan pelanggan dari persepsi pelanggan atau orang awam.
Syarat Tambahan

Para Peserta dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:

1. Mendaftar sebagai pengguna dtims dan memberi maklumat peribadi yang lengkap terutamanya nombor telefon bimbit dan emel 

2. Memastikan kamera dibuka sepanjang kursus berlangsung 

3. Membawa buku catatan dan alat tulis masing-masing  sepanjang kursus ini berlangsung

4. Nota secara softcopy akan diberikan kepada para peserta melalui emel./ WhatsApps Group atau melalui laman www.dtims.intan.my melalui dashboard penguna masing-masing.

Modul/Topik
Hari Pertama | 31/05/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat dan Ice breaking
: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Komunikasi Berkesan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Hubungan Interpersonal
Hari Ke-2 | 01/06/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perkhidmatan Kaunter dan Telefon Berkualiti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Imej Sebagai Petugas Barisan Hadapan
: Rumusan dan Penutup