Carian Kursus

[ UZA0009 ] Program Transformasi Minda [ Siri 3/2023 ]

Sinopsis Kursus

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. 

Punca kuaca PTM adalah dari Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 yang menjelaskan mengenai pelaksanaan PTM sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan pemilik kursus ini. Kandungan kursus serta slaid ceramah dibangunkan oleh pihak JPA dan dikongsikan kepada semua agensi pelaksana.

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju
Syarat Tambahan
  • Program ini DIBUKA kepada PENJAWAT AWAM LANTIKAN BARU dengan KEUTAMAAN kepada yang bertugas di Wilayah Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak) bagi tujuan PENGESAHAN JAWATAN sahaja. 
  • Permohonan akan dibuka sebulan sebelum tarikh program.
  • Keutamaan pemilihan peserta adalah berdasarkan tarikh lantikan keseluruhan peserta yang memohon
Modul/Topik
Hari Pertama | 30/07/2023 | Ahad
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Integrasi Kumpulan
: Taklimat Program
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Integrasi Kumpulan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Personaliti dan Kaitannya Sebagai Penjawat Awam
Hari Ke-2 | 31/07/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Pelanggan
SESI 2 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Integriti & Keselamatan (Isu Keselamatan)
Hari Ke-3 | 01/08/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pemikiran Kritis & Inovatif
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Integriti & Keselamatan (Isu Integriti & Rasuah)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Aduan Awam
Hari Ke-4 | 02/08/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam Perintah Am (Tatakelakuan dan Tatatertib)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam ( Gaji, Elaun dan Kemudahan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam Lantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan (EPSA)
Hari Ke-5 | 03/08/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Overview Perkhidmatan Awam dan Pengenala kepada Laluan Kerjaya dalam Perkhidmatan Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Ujian