Carian Kursus

[ TZA0074 ] KURSUS KESERONOKAN BEKERJA [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Bagi merealisasikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, budaya keseronokan bekerja merupakan salah satu tunjang utama bagi meningkatkan produktiviti penyampaian perkhidmatan awam.

Kursus ini memberi peluang kepada penjawat awam untuk meningkatkan kemahiran peribadi dan profesional sekaligus membentuk suasana kerja yang kondusif.

Melalui perubahan kecil daripada setiap penjawat awam, akan memberi impak yang besar terhadap prestasi dan pembangunan perkhidmatan awam.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan 5 elemen yang mempengaruhi keseronokan bekerja berdasarkan Model PERMA (Martin Seligman)
  2. Menyenaraikan dan mengaplikasikan teknik keseronokan bekerja melalui aktiviti dan tugasan kumpulan.
Syarat Tambahan

Bagi memastikan kelancaran kursus, sukacita dipohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memberi perhatian kepada perkara berikut:

  1. Maklum balas kehadiran dan kelulusan ketua jabatan/ penyelia mestilah di muat naik ke dalam sistem DTIMS selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh kursus.
  2. Yuran pendaftaran untuk setiap peserta kursus adalah sebagaimana berikut:
    • Penjawat Awam: RM30/ peserta
    • Sektor swasta tempatan/ GLC: RM420/peserta
  3. Peserta kurang upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diminta untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus.
  4. Peserta yang mempunyai diet khas (contohnya alergi atau vegetarian) diminta memaklumkan awal kepada urus setia selewat-lewatnya seminggu sebelum kursus bermula;
  5. Bagi Peserta yang menginap di dalam Kampus Wilayah Timur, peserta perlu melaporkan diri pada sehari sebelum kursus antara jam 2.00 hingga 7.00 petang di kaunter Pendaftaran Domestik, Blok Eksekutif, INTAN Kampus Wilayah Timur.
  6. Penginapan dan makan/minum (sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari dan makan malam) disediakan sepanjang tempoh kursus.
  7. Semua peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus. Sijil kursus akan dikeluarkan sekiranya peserta memenuhi 80% kehadiran kelas.
  8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Modul/Topik
Hari Pertama | 07/07/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT MALAYSIA MADANI
: RAHSIA DI SEBALIK KESERONOKAN BEKERJA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TENANG JADI SENANG
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SEHARI SELEMBAR BENANG
Hari Ke-2 | 08/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TERAPUNG SAMA HANYUT TERENDAM SAMA BASAH
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: GARAM DAN GULA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SEBIJI NASI TUMPAH
Hari Ke-3 | 09/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MULA DENGAN KITA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENILAIAN DAN PENUTUP