Bengkel Pengurusan Buku Perkhidmatan Kerajaan ialah bengkel komprehensif khusus untuk pegawai sumber manusia yang menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan dan bengkel ini juga dapat membantu pegawai sumber manusia di agensi/jabatan yang mengendalikan Buku Perkhidmatan Kerajaan agar ianya benar-benar memberi impak yang menyeluruh bagaimana mengendalikan Buku Perkhidmatan dengan cekap dan sempurna.
Kursus ini akan dilaksanakan secara bersemuka. Tuan/Puan hendaklah memastikan penggunaan e-mel rasmi yang dikemukakan dalam sistem DTIMS adalah yang terkini.
Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS Tuan/Puan. Sila pastikan HRMIS telah dikemaskini dengan butiran terkini.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Taklimat Malaysia MADANI | |
: | Pengenalan Buku Perkhidmatan Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kaedah Merekod Kenyataan Peribadi & Kenyataan Perkhidmatan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latih Amal 1 |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kaedah Merekod Kenyataan Cuti & Lembaran Kelakuan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengenalan dan Penyediaan Penyata Perubahan (KEW.8) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latih Amal 2 |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Latih Amal 3 | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pembentangan Kumpulan, Rumusan Dan Penilaian |