Carian Kursus

[ CAA0053 ] KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN PRODUK PERIKANAN (OTOSHIMI)(UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus  ini dapat memberi ilmu pengetahuan kepada peserta dalam bidang pemprosesan produk ikan dan mendedahkan teknik yang betul dalam pemprosesan otoshimi dan produk berasaskan otoshimi. Mendedahkan peserta kepada produk perikanan di pasaran dan peralatan yang diperlukan dalam penghasilan produk berasaskan ikan. Mendedahkan peserta asas pembungkusan, asas keselamatan makanan (MeSTI), persijilan halal dan keusahawanan.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan tentang otoshimi dan kaedah penghasilannya
  2. Mengenal pasti produk dan mengetahui teknik pemprosesan dalam penghasilan produk berasaskan otoshimi
  3. Menerangkan tentang amalan kebersihan yang baik dalam pemprosesan makanan.
  4. Menerangkan tentang kaedah persijilan Mesti, pembungkusan dan teknik pengawetan produk makanan.
Syarat Tambahan

Golongan sasar yang terdiri daripada pengusaha akuakultur, nelayan, siswazah, wanita, OKU dan belia.

Modul/Topik
Hari Pertama | 24/06/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teori Pemprosesan Otoshimi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Teori Teknik Pembungkusan & Pengawetan Produk Makanan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teori Kebersihan & Sanitasi & MeSTI
Hari Ke-2 | 25/06/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Amali Penyediaan Bahan Mentah (Otoshimi )
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Amali Penyediaan Produk (Keropok Keping/ Segera)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Amali Penyediaan Produk (Keropok Lekor/ Krispi )
Hari Ke-3 | 26/06/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Lawatan Ke Premis Pemprosesan Produk Perikanan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Amali Penyediaan Produk (Sata/Agekama/Sos Pencicah)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembungkusan & Penilaian Produk
Hari Ke-4 | 27/06/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teori Keusahawanan & Kemudahan Pembiayaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Majlis penutup & Penyampaian Sijil