Carian Kursus

[ JDNDC1002 ] FORENSIC TOOLKIT (FTK) BASIC LEARNING PASS [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Forensic Toolkit (FTK) ialah perisian forensik digital yang digunakan untuk memproses, menganalisis dan mengekstrak bukti digital daripada pelbagai peranti serta media storan. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas forensik digital serta penggunaan perisian FTK dalam menganalisis bukti digital. Peserta akan mempelajari konsep asas, proses analisis data serta teknik mengekstrak maklumat daripada pelbagai sumber digital melalui sesi penerangan dan latihan praktikal. Kursus ini bertujuan meningkatkan keupayaan peserta menggunakan FTK secara berkesan dalam menyokong proses siasatan forensik digital secara sistematik dan berintegriti.

Objektif Kursus
  1. Memahami prinsip dan konsep asas forensik digital.
  2. Mengendalikan serta menggunakan perisian Forensic Toolkit (FTK) untuk pemerolehan, pemeriksaan dan analisis bukti digital.
  3. Menggunakan fungsi carian dan analisis dalam FTK serta mendokumentasikan dapatan siasatan forensik dengan berkesan.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Keperluan Teknikal Peserta

  1. Peserta mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan sistem pengendalian.

  2. Peserta mempunyai pemahaman asas mengenai teknologi maklumat, pengurusan fail dan konsep asas keselamatan siber.

  3. Peserta perlu membawa komputer riba yang memenuhi spesifikasi minimum yang ditetapkan bagi memastikan perisian dan latihan praktikal dapat dijalankan dengan lancar sepanjang kursus.

Sasaran Peserta

  1. Pegawai keselamatan ICT atau profesional keselamatan siber.

  2. Pegawai atau penyiasat forensik digital.

  3. Pegawai penguat kuasa.

  4. Pegawai perundangan yang terlibat dalam pengendalian bukti digital.

  5. Individu yang berminat untuk mempelajari asas forensik digital dan penggunaan Forensic Toolkit (FTK)

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 14/04/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Module 1: Advanced Processing Options
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Module 2: Volume Shadow Copies
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Module 3: Data Carving
: Module 4: Headers and Footers
Hari Ke-2 | 15/04/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Module 5: Internet Evidence
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Module 6: Mobile Phone Data
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Module 7: Regular Expressions
: Module 8: Event Logs
Hari Ke-3 | 16/04/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Module 9: PLISTS and SQLite Data
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Module 10: Mac OS Data
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Module 11: Portable Case