Kursus Pengukuhan Pasukan merupakan kursus yang direka bentuk untuk:-
Meningkatkan tahap kepercayaan dan saling hormat menghormati sesama ahli pasukan apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan;
Memupuk kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara berpasukan apabila berada dalam keadaan yang sukar; dan
Menyediakan penjawat awam dengan kemahiran, keyakinan dan keupayaan daya saing serta memantapkan jati diri peserta agar lebih bersiap siaga dalam menghadapi tekanan dan dugaan dalam tugas serta tanggungjawab yang digalas.
Bagi pelaksanaan kursus pengukuhan pasukan, semua peserta yang terpilih untuk menyertai kursus ini adalah DIWAJIBKAN untuk menginap di asrama penginapan INTAN Kampus WIlayah Sarawak.
Permohonan untuk Siri 1/2025 ini hanya terbuka kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bagi Gred U29- U40 sahaja.
Penganjuran kursus ini melibatkan banyak pergerakan dan aktiviti fizikal. Oleh itu, peserta wanita yang mengandung dan mana-mana peserta yang mempunyai masalah kesihatan tidak digalakkan untuk menyertai aktiviti ini. Para peserta turut digalakkan untuk mempunyai insuran bagi melindungi diri ketika menyertai program ini.
Oleh kerana kursus ini banyak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal, maka para peserta akan menggunakan pakaian sukan sepanjang masa. Sehubungan itu, mohon para peserta untuk menyediakan secukupnya pakaian sukan, kasut sukan dan keperluan ubat-ubatan peribadi.
Masa/Sesi | Topik | ||
---|---|---|---|
SESI 1 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari | |
: | TAKLIMAT KURSUS | ||
SESI 2 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang | |
: | BREAKING THE SILO | ||
SESI 3 | SESI 4 | : | 08.30 Malam - 10.30 Malam |
: | MEMBINA KUMPULAN DAN AKTIVITI KUMPULAN |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | KOLABORASI DAN KREATIVITI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | KREATIVITI DAN INOVASI | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | NILAI ETHOS DAN INTEGRITI | |
: | 08.30 Malam - 10.30 Malam | |
: | PEYELESAIAN MASALAH DAN PERSAINGAN |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | AKTIVITI KEMBARA | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | AKTIVITI KEMBARA | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | AKTIVITI KEMBARA | |
: | 08.30 Malam - 10.30 Malam | |
: | KOLABORASI KREATIVITI DAN KOMUNIKASI |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENYATUAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PENYATUAN DAN RUMUSAN |