Carian Kursus

[ WZA0014 ] Kursus Pengurusan Sistem Rekod yang Efektif [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus
  1. Pengurusan rekod yang sistematik membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal serta dicapai dengan cepat dan tepat. Rekod yang dikendalikan dengan betul di peringkat awal (pendaftaran dan penawanan) akan memudahkan Pejabat Awam menyampaikan perkhidmatan dengan tepat dan telus; dan
  2. Amalan tadbir urus yang baik atau good governance adalah penting bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang. Salah satu elemen penting yang perlu diberi penekanan dalam tadbir urus yang baik adalah aktiviti pengurusan rekod. Pengurusan rekod merupakan teras kepada tadbir urus dalam sesebuah Pejabat Awam dan merupakan asas kepada kebolehpercayaan rakyat pada perkhidmatan awam.
Objektif Kursus
  1. Mendefinisi dan menerangkan asas-asas pengurusan rekod awam dalam pelbagai bentuk yang patut diuruskan secara berkesan dan sistematik;
  2. Menjelaskan kaedah pelaksanaan sistem rekod yang berkesan selaras dengan Panduan Pengurusan Rekod Awam dan Panduan Pengurusan Pejabat, Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2007.
  3. Mematuhi peraturan dan prosedur pengendalian rekod dengan cekap dan teratur.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

1. Pemillihan peserta kursus diutamakan kepada Pegawai yang menguruskan rekod-rekod jabatan

2. Pemilihan peserta yang lain bedasarkan justifikasi peserta memohon kursus ini.

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

1.    Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.

2.   Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3.    Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus.

4.    Tempat Penginapan disediakan bagi yang tinggal di luar kawasan Kuching atau Samarahan. Sila klik ruangan  PERLU PENGINAPAN dalam permohonan.

5.    Makan / minum disediakan untuk pagi dan tengahari. Bagi peserta yang menginap diasrama INSARA,  makan malam dan minum pagi DISEDIAKAN pada hari mula berkursus.

6.    Peserta digalakkan membawa pakaian sukan untuk aktiviti selepas masa berkursus.

7.    Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi       /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/ puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan

8.   Peserta diingatkan mematuhi Etika Perkhidmatan Awam sepanjang berkursus dan peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 14/08/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Pengurusan Rekod Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pewujudan Rekod [Penyediaan Surat Rasmi/Memo/Emel]
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal 1
Hari Ke-2 | 15/08/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran & Penawanan Rekod [Pembangunan Klasifikasi Fail Pejabat Awam]
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pendaftaran & Penawanan Rekod [Pembukaan Fail, Pendaftaran & Penghantaran Surat]
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pendaftaran & Penawanan Rekod: Pergerakan, Penutupan dan Penyimpanan Fail
Hari Ke-3 | 16/08/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penggunaan & Penyelenggaraan Rekod: Registri dan Bilik Rekod
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penggunaan & Penyelengaraan Rekod: Pelupusan, Pemisahan, Pengasingan & Pemindahan Rekod
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal 2
Hari Ke-4 | 17/08/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal 3
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Ujian Kefahaman, Rumusan dan Penilaian Penutup