Carian Kursus

[ SZA0048 ] Kursus Pengurusan Kenderaan [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini khusus untuk penjawat awam yang menerangkan mengenai Tatacara Pengurusan Kenderaan Kerajaan yang sistematik dan betul berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan semasa yang berkuatkuasa. Semua Penjawat Awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Pengurusan Kenderaan Kerajaan adalah digalakkan untuk menyertai kursus ini.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan proses penerimaan dan pendaftaran kenderaan jabatan yang baharu berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan WP.4.1 - Pengurusan Kenderaan Kerajaan.
  2. Menerangkan proses pelupusan, kehilangan dan hapus kira kenderaan Jabatan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan AM 2.1 - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
  3. Menerangkan proses semakan buku log kenderaan jabatan dengan betul dan tepat berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan WP 4.1 - Pengurusan Kenderaan Kerajaan.
Syarat Tambahan

Kursus ini akan dilaksanakan secara bersemuka. Tuan/Puan hendaklah memastikan penggunaan e-mel rasmi yang dikemukakan dalam sistem DTIMS adalah yang terkini.

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS Tuan/Puan. Sila pastikan HRMIS telah dikemaskini dengan butiran terkini.

Modul/Topik
Hari Pertama | 01/07/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran dan Taklimat Kursus
: Pengenalan Kepada Pengurusan Kenderaan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pendaftaran Kenderaan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Pelupusan, Kehilangan & Hapus Kira Kenderaan Kerajaan
Hari Ke-2 | 02/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembelian & Penggunaan Bahan Api Kenderaan & Sistem Bayaran Tol
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Buku Log Kenderaan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal Penyelenggaraan Buku Log Kenderaan Kerajaan
: Latih Amal Penyelenggaraan Buku Log Kenderaan Kerajaan
Hari Ke-3 | 03/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyelenggaraan Kenderaan dan Pengurusan Kemalangan Kenderaan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Contoh-contoh Penemuan Audit Berkaitan Pengurusan Kenderaan Kerajaan