Kursus ini ditawarkan kepada penjawat awam yang ingin menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan mesyuarat selaras dengan pekeliling-pekeliling Kerajaan terkini.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus.
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus.
4. Tempat Penginapan disediakan bagi yang tinggal di luar kawasan Kuching atau Samarahan. Sila klik ruangan PERLU PENGINAPAN dalam permohonan.
5. Makan/minum disediakan untuk minum pagi dan tengahari. Perhatian kepada peserta yang menginap di asrama INSARA, makan malam dan sarapan pagi hanya akan DISEDIAKAN pada hari mula berkursus.
6. Peserta digalakkan membawa pakaian sukan untuk aktiviti selepas masa berkursus.
7. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita sekiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
8. Peserta diingatkan mematuhi Etika Perkhidmatan Awam sepanjang berkursus dan peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Panduan Pengurusan Mesyuarat Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Tadbir Urus Mesyuarat | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Penyediaan Dokumen Mesyuarat |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Latih Amal 1: Penyediaan Dokumen Mesyuarat | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penulisan Minit Mesyuarat | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latih Amal 2: Penulisan Minit Mesyuarat |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penyediaan Laporan Maklum Balas | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Rumusan dan Penilaian Kursus |