Carian Kursus

[ WZA0054 ] Kursus Pengurusan Aset Alih [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Peserta-peserta akan didedahkan dengan prinsip-prinsip asas dan kaedah pengurusan aset alih yang berkesan sebagaimana ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan peraturan-peraturan lain yang berkuatkuasa.  Peserta juga dapat meningkatkan kemahiran dalam proses dan aktiviti yang terlibat dalam pengurusan aset alih dan menerapkan kesedaran tentang pentingnya pengurusan aset alih yang cekap dan teratur.

Objektif Kursus
  1. Mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi dalam meningkatkan kecemerlangan pengurusan aset alih di agensi masing-masing;
  2. Meningkatkan kemahiran dalam proses mengurus aset alih selaras dengan pekeliling baru : Tatacara Pengurusan Aset Alih; dan
  3. Berupaya mengurus dan memantau penggunaan aset kerajaan secara sistematik.
Syarat Tambahan

1. Pemillihan peserta kursus diutamakan kepada Pegawai Aset dan Pembantu Pegawai Aset.

2. Pemilihan peserta yang lain bedasarkan kriteria permohonan peserta memohon kursus ini.

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

1.    Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.

2.   Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3.    Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus.

4.    Tempat Penginapan disediakan bagi yang tinggal di luar kawasan Kuching atau Samarahan. Sila klik ruangan  PERLU PENGINAPAN dalam permohonan.

5.    Makan / minum disediakan untuk pagi dan tengahari. Bagi peserta yang menginap diasrama INSARA,  makan malam dan minum pagi DISEDIAKAN pada hari mula berkursus.

6.    Peserta digalakkan membawa pakaian sukan untuk aktiviti selepas masa berkursus.

7.    Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi       /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/ puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan

8.   Peserta diingatkan mematuhi Etika Perkhidmatan Awam sepanjang berkursus dan peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 26/08/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Pengurusan Aset (AM 1.1) dan Pendahuluan Aset Alih (AM 2.1)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penerimaan (AM 2.2) Dan Pendaftaran (AM 2.3)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal 1 (Pendaftaran Aset Alih)
Hari Ke-2 | 27/08/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan (AM 2.3 dan AM 2.4)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penyelenggaraan (AM 2.6) dan Pindahan (AM 2.7)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal 2 ( Pemeriksaan )
Hari Ke-3 | 28/08/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pelupusan (AM 2.8)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kehilangan Dan Hapus Kira (AM 2.9)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal 3 ( Pelupusan )
Hari Ke-4 | 29/08/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal 4 (Pelupusan- Sambungan)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan Latih Amal, Refleksi, Penilaian dan Penutupan Kursus