Secara tradisionalnya, pemimpin didedahkan serta diberi penekanan terhadap aplikasi man management. Perkara ini lazimnya diterapkan dalam kebanyakan kursus kepimpinan sedia ada. Kursus Leadership Plus secara khususnya bertujuan untuk memberi penumpuan kepada pembangunan kemahiran character management penjawat awam, ke arah meningkatkan kompetensi kepimpinan di tempat kerja serta mengaplikasikan kemahiran soft skill dalam hubungan kepimpinan. Kursus Leadership Plus ini juga dirangka untuk memenuhi kehendak dan keperluan ilmu kepimpinan dalam konteks perkhidmatan awam. Kursus ini direka dengan menggabungkan konsep pembelajaran melalui teori, soal selidik untuk mengenali diri, management games sebagai aplikasi amali, kajian kes dan contoh – contoh real life sebagai usaha untuk membantu meningkatkan kemahiran kepimpinan para peserta.
Kursus adalah terhad kepada lima puluh (50) orang pegawai gred 41 hingga 56 daripada pelbagai skim perkhidmatan. Kursus akan dilaksanakan secara dalam talian. Pegawai yang berminat dinasihatkan untuk pastikan peranti serta capaian internet dapat menyokong pelaksanakan kelas secara dalam talian bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dan lancar.
Pegawai dikehendaki (WAJIB) untuk melengkapkan soal selidik (40 soalan) secara dalam talian di Personality Plus @ Kursus Leadership Plus oleh INTAN Kiara sebelum menghadiri hari pertama kursus ini. Soal selidik ini adalah berdasarkan kepada buku Personality Plus oleh Florance Littauer. Pegawai disarankan untuk mengambil masa yang secukupnya dalam menjawab soal selidik ini, serta memahami maksud bagi setiap pilihan jawapan. Pegawai boleh merujuk definisi bagi setiap pilihan jawapan dengan memuat turun kamus definisi di Dokumen Kursus Leadership Plus. Pegawai seterusnya dikehendaki untuk menyimpan 'screen shot' Keputusan Soal Selidik Personality Plus masing - masing untuk tujuan perbincangan semasa kursus berlangsung pada hari pertama kursus.
Pautan Zoom kursus hanya akan dikemukakan kepada peserta yang terpilih menerusi surat tawaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Personality Plus | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Leading Self |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Leading Others | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Leading Followers |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Leading Millennials | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Leading Culture |