Carian Kursus

[ CAA0091 ] KURSUS ASAS BAKTERIOLOGI IKAN (UPSKILLING-PP) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus
  1. Peningkatan insiden penyakit bakteria dalam akuakultur seperti penyakit Streptococcosis, Motile Aeromonas Septicemia (MAS) dan Vibriosis merupakan antara punca utama kematian ikan ternakan di Malaysia. Kejadian ini memberi kesan langsung kepada pengeluaran akuakultur dan ekonomi penternak. Oleh itu, keupayaan kakitangan untuk mengenal pasti dan mengurus penyakit ini secara berkesan adalah amat kritikal.
  2. Keperluan pemantapan kapasiti teknikal kakitangan lapangan dan makmal - ramai kakitangan baru yang terlibat secara langsung dalam pemantauan kesihatan ikan dan pengambilan sampel belum mendapat latihan formal dalam aspek asas bakteriologi. Kursus ini akan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk menjalankan tugas dengan lebih efisien dan berkeyakinan.
  3. Persediaan menghadapi keperluan pemantauan dan pelaporan yang lebih sistematik - Kursus ini akan membantu memperkukuh kemahiran asas dalam mengenal pasti bakteria patogen dan memahami implikasi hasil makmal di kalangan kakitangan Jabatan,  sejajar dengan peningkatan keperluan pelaporan penyakit kepada pihak berkuasa dan pemegang taruh.
  4. Penyelarasan antara keperluan lapangan dan makmal - Kursus ini menyediakan ruang untuk menyelaras kefahaman antara pegawai lapangan dan pegawai makmal, khususnya dalam aspek pengambilan sampel, pengendalian spesimen dan interpretasi hasil ujian. Ini akan meningkatkan keberkesanan komunikasi teknikal dan tindakan susulan terhadap kes penyakit.  
Objektif Kursus
  1. Meningkatkan pengetahuan asas tentang bakteriologi ikan dengan memberi pemahaman mengenai jenis-jenis bakteria patogen utama dalam akuakultur, termasuk ciri biologi, mekanisme jangkitan, dan kesan terhadap kesihatan ikan.
  2. Memperkasa keupayaan pengesanan dan diagnosis awal penyakit bakteria dengan melatih peserta mengenai kaedah pengambilan sampel, pengendalian makmal (peralatan dan media) dan interpretasi hasil diagnostik seperti kultur bakteria, pewarnaan Gram dan pengenalpastian spesies (API atau VITEK) melalui latihan amali (hands-on) di makmal.
  3. Meningkatkan kecekapan teknikal dan komunikasi antara jabatan dan menggalakkan perkongsian ilmu dan amalan terbaik antara kakitangan teknikal, penyelidik dan pegawai lapangan untuk memperkukuh respons terhadap isu kesihatan ikan.
Syarat Tambahan

Peserta dikehendaki membawa kot makmal sendiri untuk sesi latihan makmal.

Penginapan tidak disediakan kepada peserta.

Modul/Topik
Hari Pertama | 14/07/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi suai kenal, pengenalan kursus
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan kepada penyakit bakteria dalam akuakultur
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Amali: Prosedur nekropsi dan pengambilan sampel bakteria
Hari Ke-2 | 15/07/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Prinsip pengesanan bakteria dan sesi amali
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pewarnaan Gram dan pemerhatian mikroskopik
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan kepada sistem API dan VITEK
Hari Ke-3 | 16/07/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Rintangan antimikrob dan ujian kepekaan antibiotik
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Interpretasi keputusan ujian bakteriologi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi penilaian kursus