Menerangkan mengenai isu-isu yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan meningkatkan kesedaran para penjawat awam terhadap kepentingan mempunyai tahap integriti dan akauntabiliti yang tinggi dalam Perkhidmatan Awam. Di samping itu, kursus ini bakal berkongsi mengenai punca-punca berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan awam yang berkuatkuasa serta kesan-kesan buruk kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Kursus Integriti Dan Tadbir Urus Terbaik Dalam Pengurusan Kewangan Kerajaan Siri 2/2023 ini akan diadakan secara BERSEMUKA di INTAN Bukit Kiara.
***Bermula Mac 2023, tiada penginapan disediakan kepada peserta memandangkan asrama penginapan INTAN berada di bawah proses penyelenggaraan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Tindakan Tatatertib bagi Kes Pengurusan Kewangan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Laporan Ketua Audit Negara: Audit Prestasi | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Laporan Ketua Audit Negara: Audit Kewangan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Etika Kerja Perkhidmatan Awam | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Guarantee Money: Pengkisahan dari Tirai Besi | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Rasuah dan Salah Guna Kuasa oleh Penjawat Awam | |
: | Lawatan ke SPRM |