Carian Kursus

[ UZA0025 ] Kursus Minda Sejahtera [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus
  • Kursus Minda Sejahtera ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan lanjut kepada penjawat awam mengenai bagaimana untuk mengurus dan menangani stres dengan lebih baik serta amalan kesihatan mental yang sihat. Peserta akan mengetahui tahap stres dan kesihatan mental melalui penggunaan ujian psikologi. Peserta akan mempelajari teori dan teknik pengurusan stres yang merangkumi proses set minda, spiritual, relaksasi dan penggunaan lima deria. Peserta juga akan didedahkan berkaitan kaedah pengurusan konflik dan teknik kognitif tingkahlaku dalam mengurus dan mengawal emosi. 
Objektif Kursus
  1. Memahami konsep dan senario stress di dalam organisasi.
  2. Mengenalpasti tahap stress dan kesihatan mental berdasarkanpenilaian ujian psikologi
  3. Menyenaraikan kaedah dan strategi pengurusan kendiri yang digunakan dalam amalan seharian
Syarat Tambahan
  • Mengenalpasti tahap stres dan kesihatan mental berdasarkan penilaian ujian psikologi
  • Menyenaraikan kaedah dan strategi pengurusan kendiri yang digunakan dalam amalan seharian
  • Mengaplikasi teknik dan kaedah dalam pengurusan stres yang merangkumi kaedah relaksasi dan pernafasan, rasional emotif tingkah laku dan terapi menggunakan lima deria.
Modul/Topik
Hari Pertama | 27/07/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN MINDA SEJAHTERA
: TAKLIMAT KURSUS
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: KONSEP PENERIMAAN SPIRITUAL DALAM MINDA SEJAHTERA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TEKNIK URUS STRES 1
Hari Ke-2 | 28/07/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PERSONALITI DAN PENGURUSAN EMOSI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: KESIHATAN MENTAL : SIMPTOM PENYAKIT DAN PENCEGAHAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TEKNIK URUS STRES 2 & RUMUSAN
: PENILAIAN KURSUS & PENUTUP