Carian Kursus

[ KBA0021 ] Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan (Surat Rasmi, Memo, E-Mel) [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Dokumen rasmi kerajaan merupakan sebarang dokumen yang dihasilkan oleh kerajaan secara rasmi dan hal-ehwal pengurusannya tertakluk di bawah Akta 629 (Akta Arkib Negara 2003). Antara dokumen rasmi kerajaan yang paling lazim di setiap pejabat kerajaan ialah surat, memorandum dan e-mel.

Kepentingan surat rasmi jelas dilihat melalui pelbagai punca kuasa yang menekankan aspek-aspek struktur, elemen-elemen serta gaya bahasa surat rasmi kerajaan bagi membezakannya dengan surat-surat yang dikeluarkan oleh pihak lain. Antara surat pekeliling terawal yang dikeluarkan berkaitan penulisan surat rasmi ialah Surat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1980: Penyeragaman Kepala Surat Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Persekutuan yang menekankan identiti kepala surat dan struktur surat rasmi kerajaan. Rentetan daripada pekeliling tersebut, MAMPU telah mengeluarkan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 5 Tahun 2014 yang menghuraikan lebih teliti aspek-aspek penulisan surat rasmi, memorandum dan e-mel rasmi kerajaan. Surat arahan tersebut – meskipun tidak bertaraf Pekeliling Perkhidmatan – telah dijadikan penanda aras oleh semua kementerian-kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya. Buktinya selepas tahun 2014 (selepas surat arahan MAMPU tersebut dikeluarkan), terdapat sebilangan kementerian, jabatan dan agensi termasuk badan berkanun seperti universiti-universiti mengeluarkan panduan penulisan tersendiri dengan menjadikan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 5 Tahun 2014 tersebut sebagai rujukan utama.

Melalui latihan berkaitan dokumen rasmi kerajaan yang lazim kepada setiap pejabat kerajaan, tatacara penggunaan bahasa Kebangsaan yang optimum juga boleh disampaikan kepada penjawat awam.

Objektif Kursus
  1. Menggunakan format surat rasmi, memorandum dan e-mel yang betul berdasarkan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 5 Tahun 2014: Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo, Dan Emel serta pekeliling lain yang berkaitan
  2. Mengaplikasikan kaedah penulisan dokumen rasmi khususnya surat rasmi, memorandum dan e-mel berdasarkan tatabahasa bahasa Melayu yang standard.
Syarat Tambahan

Kursus ini diadakan dalam talian bagi memaksimumkan penyertaan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 12/04/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: FORMAT SURAT RASMI, MEMO DAN E-MEL KERAJAAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIHAN DALAM KUMPULAN 1
Hari Ke-2 | 13/04/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Gaya Bahasa Dalam Penulisan Surat Rasmi Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Latihan Dalam Kumpulan 2
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Penulisan dan Persembahan Kumpulan