Carian Kursus

[ KNA0015 ] Kursus Human Resource Champions: Perancangan dan Pembangunan Organisasi [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai, bermula dari pelantikan sehingga penamatan perkhidmatan, serta memantapkan kompetensi sebagai Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi.

Objektif Kursus
  1. Memberi pengetahuan dan pemahaman berhubung pembangunan organisasi dalam konteks perkhidmatan awam
  2. Memberi gambaran hala tuju organisasi perkhidmatan awam
  3. Mengaplikasikan urusan pembangunan organisasi perkhidmatan awam di agensi
  4. Menilai dan membuat keputusan berdasarkan pengetahuan dan pemahaman yang diperolehi
Syarat Tambahan

1. Keutamaan diberikan kepada penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia di kementerian/ jabatan/ agensi.

2. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.

3. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan untuk layak mendapat sijil kehadiran kursus.

4. Tempat penginapan adalah tidak disediakan

5. Yuran pendaftaran sebanyak RM30 perlulah dibayar oleh peserta kursus secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal DTIMS (Dashboard Pengguna). Resit rasmi akan dikeluarkan melalui sistem setelah pembayaran selesai dilakukan dan para peserta boleh membuat tuntutan semula daripada kementerian/ jabatan/ agensi masing-masing. Setelah bayaran dibuat dan resit dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 04/02/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembangunan Organisasi Sektor Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Skim Perkhidmatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Waran Perjawatan
Hari Ke-2 | 05/02/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Job Description (JD)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Perjawatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penstrukturan Semula dan Pewujudan Jawatan
Hari Ke-3 | 06/02/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal: Penyediaan Kertas Kerja dan Permohonan Jawatan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembentangan Kumpulan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan, Penilaian dan Bersurai