Carian Kursus

[ DDA0005 ] Kursus Pertolongan Cemas [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

SINOPSIS KURSUS

            Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, Besut, Terengganu akan menganjurkan Kursus Pertolongan Cemas pada tarikh 8 dan 9 Jun 2022. Kursus ini merupakan kursus kategori kursus(umum/upskilling) bagi modul pertanian/pengurusan/dll dan sub-bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kursus ini adalah terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Pertanian. Modul kursus ini telah disediakan oleh PLPP Wilayah Timur, Jabatan Pertanian Malaysia.

Kursus ini yang akan berlangsung selama 2 hari ini adalah untuk memberi pengetahuan asas dan pendedahan awal kepada peserta bagi mengambil langkah awal sekiranya terjadi situasi kecemasan di tempat kerja khususnya. 

Objektif Kursus
  1. 1) Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai pentingnya tatacara dan peranan pertolongan cemas.
  2. 2) Menentukan tindakan yang betul dalam memberi rawatan kecemasan jika berlaku kemalangan.
  3. 3) Dapat memberi bantuan kecemasan dengan yakin dan berkesan
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

SYARAT TAMBAHAN KURSUS

 

  1. Terbuka kepada kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia SAHAJA.
  1. Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : . Status Vaksinasi Lengkap
  1. 3 dos bagi CoronaVac (Sinovac)  dan Covilo (Sinopharm).
  2. 2 dos bagi Comirnaty (Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca) dan Spikevax (Moderna).
  3. 1 dos bagi COVID-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino).

 

**Anda hanya diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap divaksin apabila melepasi 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan, atau melepasi 28 hari dari tarikh suntikan bagi jenis vaksin yang memerlukan satu dos suntikan.

 

  1. Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : Peserta melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum hadir berkursus dan melaporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera (positif, negatif atau tidak sah).
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 08/06/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Ilmu Pertolongan Cemas
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Keselamatan Dan Cara Pencegahan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kecederaan Tisu Lembut
: Pembalut Dan Balutan
Hari Ke-2 | 09/06/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Mangsa tercekik
: Penilaian Asas Pesakit
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kecederaan Tulang, Rangka, Sendi Dan Otot
: Kecederaan Kepala Dan Tulang Belakang
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Mangsa Kelemasan
: Cara Menggunakan CPR