Carian Kursus

[ KFA0056 ] Kursus Ekonomi Malaysia MADANI: Kemiskinan dan Mobiliti Sosial [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan Kerangka Ekonomi MADANI, aspek kemiskinan kekal sebagai isu sosioekonomi yang menjadi keutamaan dalam pembangunan negara. Usaha berterusan Kerajaan dalam menangani kemiskinan turut diperkukuh melalui penekanan terhadap akses mobiliti sosial, yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup rakyat, khususnya bagi golongan miskin dan rentan.

Dalam menyokong agenda ini, INTAN sebagai pusat latihan sektor awam telah memperkenalkan modul baharu Kursus Ekonomi Malaysia MADANI: Kemiskinan dan Mobiliti Sosial bagi memberikan pendedahan kepada penjawat awam mengenai konsep kemiskinan dan mobiliti sosial sebagai elemen penting dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh, di samping memenuhi objektif kursus.

Objektif Kursus
  1. Memahami kedudukan, isu dan cabaran yang dihadapi oleh golongan miskin dan rentan di Malaysia, serta menghuraikan kaedah pengukuran kemiskinan, dan ketaksamaan melalui indikator-indikator pengukuran kesejahteraan rakyat.
  2. Mengetahui program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menoktahkan kemiskinan dah merapatkan jurang ketaksamaan ekonomi dan sosial, serta mengenalpasti usaha-usaha whole of nation oleh masyarakat sivil dalam memberikan sokongan kepada golongan rentan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 03/06/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 1: Kemiskinan, Kesenjangan dan Mobiliti Sosial
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 2: Tadbir Urus dan Penyelarasan Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 3: Sesi Perkongsian di Lapangan/ Inisiatif Pembasmian Kemiskinan