Carian Kursus

[ TZA0008 ] Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan berkaitan pengurusan aset Kerajaan. Sepanjang 4 hari berkursus, para peserta akan didedahkan dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang betul dan baik selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan AM 2.0 hingga AM 2.8 bagi memastikan aset Kerajaan dapat diurus dengan lebih bersistematik.  Kursus ini turut bertujuan untuk memastikan aset alih kerajaan dapat diurus mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. 

 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan prinsip-prinsip asas dan kaedah pengurusan aset alih kerajaan yang berkesan sebagaimana ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan;
  2. Mengaplikasikan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dengan lebih sistematik, cekap dan teratur; dan
  3. Mengklasifikasikan kepentingan pengurusan aset alih kerajaan dalam meningkatkan integriti dan tanggungjawab penjawat awam.
Syarat Tambahan

Peserta perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  • Perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam. Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya.
  • Peratus kehadiran peserta adalah 80% tanpa gagal.
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus selewat-lewatnya sehari sebelum kursus bermula.
  • Menyelesaikan pre test pada awal sesi program dan post test pada akhir kursus. Link kepada pre dan post test akan diberikan oleh urus setia di ruangan chat window.
  • Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.
  • Bagi program latihan yang dilaksanakan secara dalam talian, kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang program.
  • Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan.
  • Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri program latihan. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  • Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir program. Penilaian kursus perlu dilaksanakan sebaik sahaja disempurnakan program latihan tersebut.
  • Muat turun e-sijil, nota dan pelbagai rujukan lain boleh dibuat selepas penilaian program diselesaikan.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 27/03/2022 | Ahad
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS
: AM 2.0 - PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: AM 2.1 - PENDAHULUAN : PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AM 2.2 & 2.3 - PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN ASET ALIH KERAJAAN
Hari Ke-2 | 28/03/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AM 2.4 - PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: AM 2.5 - PENYELENGGARAAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AM 2.6 - PINDAHAN
Hari Ke-3 | 29/03/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AM 2.7 - PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: AM 2.8 - KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA ASET ALIH KERAJAAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KAJIAN KES
Hari Ke-4 | 30/03/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PEMBENTANGAN KUMPULAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PEMBENTANGAN KUMPULAN
: PENILAIAN PESERTA DAN PENUTUP