Carian Kursus

[ BZA0040 ] Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan (Surat Rasmi, Memo dan E-Mel) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Surat rasmi dan memo rasmi merupakan salah satu medium komunikasi rasmi dalam urusan pentadbiran kerajaan bagi menyampaikan hasrat, arahan, transaksi dan aktiviti antara organisasi yang akhirnya menjadi rekod atau dokumen rujukan dalam tadbir urus kerajaan. Penulisan surat dan memo rasmi yang berkualiti akan membantu organisasi khasnya pejabat-pejabat awam dalam memberi dan menerima mesej bermakna yang dapat mempercepatkan proses tindakan serta penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Objektif Kursus
  1. Menggunakan format surat rasmi, memorandum dan emel yang betul berdasarkan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bil. 5 Tahun 2014:Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo dan Emel serta Pekeliling lain yang berkaitan.
  2. Mengaplikasikan kaedah penulisan dokumen khususnya surat rasmi, memorandum dan emel berdasarkan tatabahasa melayu yang standard.
Syarat Tambahan

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Status Permohonan

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.

2. Etika Berpakaian

i. Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang  menghadiri kursus.

ii. Semua peserta juga perlu memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi, atau Institusi masing-masing.

3. Permohonan Kursus

i. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS sebelum hadir berkursus.

ii. Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.

4. Pembayaran Yuran Kursus

i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.

ii. Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus secara dalam talian hanya menyokong pembayaran melalui FPX sahaja. Kaedah bayaran menggunakan aplikasi seperti TouchNGo eWallet, Boost, MAE atau lain-lain kaedah tidak tersedia.

iii. Peserta wajib membuat pembayaran sebelum kursus dijalankan dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.

5. Kewajipan Kehadiran

i. Semua peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus.

ii. Sijil Kursus akan dikeluarkan sekiranya peserta memenuhi 80% kehadiran kelas.

iii. Peserta dikehendaki bebas daripada sebarang aktiviti lain semasa mengikuti kursus.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 08/09/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Format Surat Rasmi, Memo dan E-mel Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Dalam Kumpulan 1 (Format)
Hari Ke-2 | 09/09/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Gaya Bahasa Dalam Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Latihan Dalam Kumpulan 2 (Bahasa)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Penulisan , Persembahan Kumpulan dan Rumusan