Kursus Profesional Diri Unggul merupakan salah satu kursus yang bertujuan untuk melahirkan penjawat awam berprestasi tinggi dan mempunyai ciri-ciri peribadi yang berkualiti dan berpenampilan bagi menyampaikan perkhidmatan cemerlang
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan;
Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;
Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Taklimat peserta | |
: | TAK KENAL, TAK TAHU | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | KENALI DIRI, JATI DIRI DAN KONSEP DIRI | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | APAKAH NILAI ANDA? |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | TATAKELAKUAN DAN LARANGAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | BEKERJA DENGAN KECERDASAN EMOSI | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | MEMBINA KEBERSAMAAN |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MEMBINA KEBERSAMAAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | PEKERJA SOKONGAN YANG PROFESIONAL DAN UNGGUL | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | RUMUSAN DAN PENUTUP |