Carian Kursus

[ SZA0058 ] Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan berkaitan pengurusan aset Kerajaan. Sepanjang 3 hari berkursus, para peserta akan didedahkan dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang betul dan baik selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan AM 2.1 hingga AM 2.8 bagi memastikan aset Kerajaan dapat diurus dengan lebih bersistematik. Kursus ini turut bertujuan untuk memastikan aset alih kerajaan dapat diurus mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.

 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan prinsip-prinsip asas dan kaedah pengurusan aset alih Kerajaan yang berkesan sebagaimana ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan;
  2. Mengaplikasikan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dengan lebih sistematik, cekap dan teratur; dan
  3. Mengklasifikasikan kepentingan pengurusan aset alih Kerajaan dalam meningkatkan integriti dan tanggungjawab penjawat awam.
Syarat Tambahan

Kursus ini akan dilaksanakan secara bersemuka. Tuan/Puan hendaklah memastikan penggunaan e-mel rasmi yang dikemukakan dalam sistem DTIMS adalah yang terkini.

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS Tuan/Puan. Sila pastikan HRMIS telah dikemaskini dengan butiran terkini.

Pegawai baru diutamakan untuk menyertai kursus ini.

Modul/Topik
Hari Pertama | 13/05/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran dan Taklimat Kampus
: Pendahuluan Tatacara Pengurusan Aset Alih
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penerimaan Aset Dan Pendaftaran Aset
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyimpanan, Penggunaan & Pemeriksaan
Hari Ke-2 | 14/05/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyelenggaraan Aset
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pindahan Aset
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pelupusan Aset
Hari Ke-3 | 15/05/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pelupusan Aset
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kehilangan & Hapuskira Aset