Carian Kursus

[ ISA0049 ] PENULISAN PELAN KOMUNIKASI STRATEGIK [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Sektor awam kini berhadapan dengan cabaran komunikasi yang amat kompleks di mana maklumat tersebar secara pantas tanpa sempadan. Perubahan landskap media, terutamanya dominasi media sosial telah mewujudkan jurang antara penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan persepsi rakyat, yang sekiranya tidak diurus dengan baik boleh menjejaskan kredibiliti institusi. Oleh itu, pelan komunikasi strategik perlu dirangka sebagai kompas utama untuk memastikan setiap dasar, inisiatif dan pencapaian kementerian/jabatan dapat diterjemahkan ke dalam naratif yang mudah difahami oleh masyarakat.

Melalui kursus ini diharap akan melahirkan pegawai kerajaan yang mahir  menghasilkan pelan komunikasi strategik yang baik untuk membina kepercayaan masyarakat kepada kredibiliti kementerian dan jabatan melalui mekanisme komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat.

 

 

Objektif Kursus
  1. Memperkasakan kemahiran pegawai penerangan untuk menghasilkan pelan komunikasi strategik yang baik dan menyeluruh bagi memenuhi keperluan kementerian dan jabatan
  2. Memperkukuh kepercayaan masyarakat kepada kredibiliti kementerian dan jabatan melalui mekanisme komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat.
Syarat Tambahan

Kursus ini terbuka kepada pegawai penerangan dan pegawai kader dari Jabatan Penerangan Malaysia.

Modul/Topik
Hari Pertama | 23/09/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Asas Pelan Komunikasi Strategik dan Analisis Situasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Analisis Isu & Audit Komunikasi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pemetaan Audiens Sasaran, Stakeholders dan Objektif Komunikasi
Hari Ke-2 | 24/09/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembangunan Mesej Teras dan Pembinaan Matriks Mesej Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pemilihan Saluran dan Taktik Komunikasi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Mitigasi risiko dan Penilaian Impak dan KPI
Hari Ke-3 | 25/09/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan pelan komunikasi strategik
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penyediaan pelan komunikasi strategik
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan pelan komunikasi