Carian Kursus

[ JDNDA0008 ] PROGRAM CAKNA MYGOVCLOUD@CFA 2026 BERSAMA PENTADBIR PROJEK PENGGUNA GOVERNMENT HYBRID CLOUD (GHC) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus
  1. Inisiatif MyGovCloud@CFA dilaksanakan menerusi perkhidmatan pengkomputeran awan dengan teknologi terkini dan komprehensif yang disediakan oleh Panel Cloud Service Provider (CSP) dan Managed Service Provider (MSP) melalui Cloud Framework Agreement (CFA). 

  2. Sehingga kini, terdapat 44 projek yang sedang beroperasi melibatkan 26 agensi daripada 19 Kementerian menerusi inisiatif Projek GHC. Dianggarkan jumlah projek akan bertambah kepada 60 projek pada penghujung 2026 memandangkan terdapat 11 projek kini dalam proses perolehan dan sepuluh (10) projek dalam proses permohonan kelulusan.

  3. Sepanjang pelaksanaan projek pengkomputeran awan sektor awam, Pejabat Pengurusan Pengkomputeran Awan (CMO) melihat kepada perlunya usaha ke arah meningkatkan kesedaran atau cakna agensi terhadap perkhidmatan MyGovCloud@CFA khususnya berkaitan proses permohonan peruntukan GHC, penyaluran peruntukan GHC serta tambah baik terhadap PKPA Bil.1/2021 yang kini dalam fasa pemurnian sebelum dipinda kepada Pekeliling Pendigitalan Perkhidmatan Awam (PPPA).

  4. Bagi memastikan kelangsungan projek yang sedia ada dan meluaskan pelaksanaan pengkomputeran awan dalam sektor awam, persediaan dari sudut peruntukan RMKe-13 (RP4) perlu dimulakan segera.

  5. Sehubungan itu, Program Cakna MyGovCloud@CFA 2026 Bersama Pengurus ICT dan Pentadbir Projek Pengguna Government Hybrid Cloud (GHC) sedia ada ini dirancang untuk meningkatkan kefahaman agensi berhubung tatakelola terkini. Ini penting bagi memastikan kesinambungan projek sedia ada disamping berkongsi kejayaan pelaksanaan projek di bawah GHC.

Objektif Kursus
  1. Memberikan pendedahan kepada agensi berkaitan proses permohonan peruntukan baharu GHC bagi kesinambungan projek sedia ada serta tatacara penyaluran peruntukan;
  2. Memperjelas hala tuju pelaksanaan GHC dan MyGovCloud@CFA bagi memastikan kelancaran serta pelaksanaan projek sepanjang tempoh RMKe-13 dalam keadaan teratur;
  3. Menjadi satu platform perkongsian kejayaan pelaksanaan projek GHC bagi memberi inspirasi kepada agensi lain dalam mengadaptasikan teknologi terkini terutamanya berkaitan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence - AI), dalam projek sedia ada; dan
  4. Melaksanakan semakan silang hasil pemurnian dokumen PKPA Bil.1/2021 yang telah dibincangkan dalam Bengkel Pemurnian dokumen CFA 2.0 pada 10 hingga 12 Ogos 2026 kepada agensi pengguna, bagi memastikan kebolehfahaman dan kebolehlaksanaan dokumen tersebut sebelum dipinda kepada Pekeliling Pendigitalan Perkhidmatan Awam (PPPA).
  5. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk:
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 23/09/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat 1 - Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Taklimat 2 - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Taklimat 3 - Kementerian Pendidikan (KPM)
: Taklimat 4 - GovTech Malaysia, Kementerian Digital (KD)
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Taklimat 5 - Jabatan Digital Negara (JDN) - Sistem Pengurusan Kunci Keselamatan (KMS) Memperkasa Kedaulatan Digital Sektor Awam Malaysia Menerusi Tadbir Urus Kriptografi yang Komprehensif dan Berdaya Tahan
Hari Ke-2 | 24/09/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat 6 - Jabatan Digital Negara (JDN) - Pembentangan Draf Awal Pekeliling Pendigitalan Perkhidmatan Awam Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Taklimat 7 - Tatacara Kewangan - Permohonan Penyaluran Peruntukan
: Taklimat 8 - Tatacara Permohonan (Projek Sambungan) - Permohonan Peruntukan