Kursus ini dirangka bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran berfikir secara kreatif di kalangan penjawat awam dalam pengurusan organisasi dan membantu dalam penyelesaian masalah.
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran di aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus setelah mengisi permohonan di sistem DTIMS;
4. Sejumlah RM30.00 perlulah dibayar oleh peserta sebagai yuran pendaftaran kursus secara dalam talian melalui portal DTIMS (Dashboard Pengguna). Resit rasmi akan dikeluarkan melalui sistem setelah pembayaran selesai dilakukan dan para peserta boleh membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Semua bayaran yang telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.
5. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENGENALAN KEPADA PEMIKIRAN KRITIS, KREATIF DAN INOVATIF | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MEMAHAMI MINDA | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | CREATIVE TOOL - MIND PROVOCATION |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | CREATIVE TOOL - RANDOM INPUT DAN KELUAR DARI KEBIASAAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | CREATIVE TOOL - BRAINSTORMING AND SCAMPER | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | SESI CREATIVE IDEA JAMMING - LATIHAN DALAM KUMPULAN |