Carian Kursus

[ SZA0035 ] Kursus myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini diadakan bagi tujuan menyediakan Myportfolio: Panduan Kerja Sektor Awam bagi tiap-tiap pegawai dan kakitangan di setiap jabatan.Pelaksanaan kursus ini diharapkan dapat membantu peserta untuk memahami keperluan MyPortfolio dalam tugasan seharian dan seterusnya dapat menyediakan deskripsi tugas serta proses dan aliran kerja yang berkaitan.

Objektif Kursus
  1. Menyediakan Deskripsi Tugas masing-masing dengan tepat berdasarkan PKPA Bil. 4/2018
  2. Menyenaraikan 10 komponen utama dalam penyediaan myPortfolio berdasarkan PKPA Bil. 4/2018
  3. Menyediakan myPortfolio masing-masing berdasarkan PKPA Bil. 4/2018
Syarat Tambahan

Para Peserta diekehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:

  • Pastikan para pemohon telah mendaftar sebagai pengguna DTIMS di www.dtims.intan.my dan juga mendaftar bagi menyertai kursus ini
  • Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula
  • Para peserta dimohon untuk menggunakan NAMA PENUH untuk akaun Zoom/Google Meet masing-masing bagi memudahkan sesi pendaftaran dan pengesanan peserta
  • Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus
  • Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran perlulah dimaklumkan kepada Pengurus Program dengan sebab yang munasabah dan kebenaran. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan boleh menyebabkan peserta tidak menerima sijil kehadiran.
  • Pengurus Program akan memaklumkan kepada penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman. Kebenaran tidak hadir dalam mana-mana slot kursus dengan kebenaran tidak akan menyebabkan catatan bahawa para peserta gagal hadir pada keseluruhan kursus.
  • Menetapkan webcam sentiasa dalam mode on semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mode off sekiranya tiada keperluan interaksi. Laluan soal jawab akan diberikan kepada para peserta
  • DILARANG untuk menyebarkan pautan zoom kursus kepada BUKAN PESERTA.
Modul/Topik
Hari Pertama | 28/02/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat dan Ice Breaking / Pengenalan myPortfolio
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Deskripsi Tugas
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal: Deskripsi Tugas
Hari Ke-2 | 01/03/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: 10 Komponen myPortfolio
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: 10 Komponen myPortfolio (sambungan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal: myPortfolio
: Pembentangan
: Rumusan & penutup