Carian Kursus

[ JDNJA0001 ] BENGKEL DESIGN THINKING DAN IDEA PITCHING [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

BENGKEL DESIGN THINKING DAN IDEA PITCHING merupakan bengkel yang dianjurkan bagi meningkatkan keupayaan untuk beradaptasi dengan perubahan. Design thinking menggalakkan peserta untuk berfikir secara fleksibel dan cepat menyesuaikan diri dengan perubahan atau keperluan yang tidak dijangka.

Bengkel ini juga membantu peserta meneroka alternatif dan menyesuaikan penyelesaian berdasarkan maklum balas yang diterima dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah.

Di samping itu, bengkel ini mampu mempertingkatkan kemahiran dalam membuat keputusan yang didorong oleh data. Peserta digalakkan untuk menggunakan kajian dan analisis bagi menghasilkan keputusan yang komprehensif. BENGKEL INI TERBUKA UNTUK WARGA JABATAN DIGITAL NEGARA SAHAJA.

Objektif Kursus
  1. Membantu peserta mengembangkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif melalui pendekatan design thinking.
  2. Mempelajari cara untuk memahami keperluan pengguna, menghasilkan idea yang berpotensi, dan membangun cadangan penyelesaian.
  3. Mengasah kemampuan di dalam menyampaikan idea dengan cara yang menarik dan meyakinkan. Ini termasuk menghasilkan pembentangan yang jelas, padat dan meyakinkan.
  4. Memberi peluang kepada peserta untuk bekerja dalam pasukan, berkolaborasi dan bertukar idea serta memperkukuh kemahiran komunikasi serta kerjasama.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 16/06/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada Design Thinking
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Fasa Empathy
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Fasa Define & Fasa Ideation
Hari Ke-2 | 17/06/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ringkasan Bengkel Hari Pertama & Fasa Prototyping (Pengenalan)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Fasa Prototyping (Pengenalan) - Sambungan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Fasa Testing & Sesi Soal Jawab
Hari Ke-3 | 18/06/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Asas Idea Pitching Yang Berkesan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Mencipta Cerita Pitching Yang Menarik
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Menyesuaikan Pitch Anda kepada Audiens Berbeza, Mempertingkatkan Idea Pitching Anda dengan Visual dan Bahan Sokongan & Mengendalikan Soalan dan Bantahan