Carian Kursus

[ CAA0021 ] KURSUS PEMINDAHAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN PRODUK PERIKANAN BERASASKAN SURIMI (SIRI 1) (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus  ini diadakan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada peserta dalam bidang pemprosesan produk ikan dan memperkenalkan teknik yang betul dalam pemprosesan surimi dan produk berasaskan surimi. Kursus ini juga menyediakan informasi kepada peserta berkaitan produk perikanan di pasaran dan peralatan yang diperlukan dalam penghasilan produk berasaskan ikan. Ia turut memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta berkenaan asas pembungkusan, asas keselamatan makanan dan persijilan (MeSTI) serta keusahawanan.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan tentang surimi dan kaedah penghasilannya.
  2. Mengenal pasti produk dan mengetahui teknik pemprosesan dalam penghasilan produk berasaskan surimi.
  3. Menerangkan tentang amalan kebersihan yang baik dalam pemprosesan makanan.
  4. Menerangkan tentang kaedah persijilan Mesti, pembungkusan dan teknik pengawetan produk makanan.
Syarat Tambahan

Kursus ini terbuka kepada semua golongan sasar terutama yang sedang atau akan menceburi bidang pemprosesan produk perikanan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 08/05/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teori Pemprosesan Surimi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Teori Teknologi pengawetan produk makanan & Pembungkusan dan pelabelan produk makanan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Teori Kebersihan & Sanitasi & MeSTI
Hari Ke-2 | 09/05/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Amali Penyediaan Bahan Mentah ( Surimi )
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Amali Penyediaan Bahan Mentah ( Surimi )
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Amali Penyediaan Bahan Mentah ( Surimi )
Hari Ke-3 | 10/05/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Amali Penyediaan Produk (Cheese in Kamaboko & Nugget)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Amali Penyediaan Produk (Bebola & Kek Ikan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Amali Pembungkusan & Penilaian Produk
Hari Ke-4 | 11/05/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teori Keusahawanan & Kemudahan Pembiayaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Majlis penutup & Penyampaian Sijil