Perkembangan pesat teknologi digital seperti realiti maya (VR), realiti terimbuh (AR), realiti campuran (MR) dan teknologi produksi masa nyata telah membawa perubahan besar dalam industri kreatif, penyiaran, filem, animasi serta kandungan digital. Pendekatan baharu seperti virtual production membolehkan proses penghasilan kandungan dilakukan secara lebih cekap melalui penggunaan persekitaran digital, enjin masa nyata dan integrasi teknologi visual yang interaktif.
Dalam landskap industri media masa kini, organisasi penyiaran dan penghasilan kandungan memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran baharu dalam bidang reka bentuk persekitaran maya, interaksi digital dan penghasilan kandungan berasaskan teknologi immersive. Teknologi ini bukan sahaja digunakan dalam produksi filem dan televisyen, malah turut berkembang dalam bidang pemasaran digital, pendidikan, pameran interaktif, permainan video serta pembangunan pengalaman pengguna yang lebih imersif.
Sehubungan itu, IPPTAR mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kursus “Immersive Lab: Virtual Production & Interactive Design” bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep, teknologi dan amalan terbaik dalam pembangunan kandungan immersive serta penggunaan platform real-time untuk menghasilkan pengalaman digital yang interaktif. Kursus ini akan memberi tumpuan kepada gabungan teori dan latihan praktikal yang merangkumi aspek asas virtual production, reka bentuk persekitaran maya, interaksi pengguna serta pembangunan prototaip pengalaman immersive.
Melalui program ini, peserta berpeluang memahami aliran kerja (workflow) produksi digital masa nyata, meneroka penggunaan perisian dan alat interaktif, serta membangunkan idea kreatif dalam bentuk projek mini. Program ini diharapkan dapat meningkatkan keupayaan peserta dalam menghasilkan kandungan digital yang inovatif selaras dengan perkembangan teknologi media dan industri kreatif masa kini.
Penyertaan terbuka
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | 3D MODELING & TEXTURING The Basics: Getting started with the Blender interface | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | 3D MODELING & TEXTURING Hard Surface Modeling: Building Clean, Sharp 3D objects (Props or Gadjets) | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | 3D MODELING & TEXTURING PBR Materials: Making surfaces look real (Metal, Plastic, Glass) |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | ENVIRONMENT & LIGHTING Scene Building: Designing a full 3D world and layout | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | ENVIRONMENT & LIGHTING Cinematic Lighting: Using the Cycles engine to create realistic shadows, glow and atmosphere | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | ENVIRONMENT & LIGHTING Camera Work: Setting up professional shots with depth-of-field and focus |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | LET'S TALK: YBHG. DATO' ROSLAN BIN ARIFFIN [X20] PENGARAH IPPTAR | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | LET'S TALK: YB DATUK FAHMI FADZIL [NEXUS] MENTERI KOMUNIKASI | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | HAWANA |