Carian Kursus

[ ICA0015 ] KURSUS MASTERING CINEMATOGRAPHY FOR VIDEO PRODUCTION [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Gabungan visual melalui teknik sinematografi yang baik mengikut kesesuaian naskah atau tema sangat penting untuk membolehkan proses penceritaan dapat berkembang mengikut jalan cerita yang hendak disampaikan. Ia juga membantu mentakrifkan dedikasi, kesabaran dan kerja keras untuk mencari imej atau visual yang sesuai serta memerlukan kemahiran yang lebih baik, kamera berkualiti dan idea yang luar biasa untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Program latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penerbit dan jurugambar untuk meningkatkan skil dan nilai tambah dalam pembangunan kerjaya khususnya dalam teknik pengambilan visual yang bermakna, menarik serta membantu penceritaan sesuatu karya yang ingin disampaikan.

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada penerbit dan jurugambar untuk meningkatkan skil dan nilai tambah dalam pembangunan kerjaya khususnya dalam penceritaan kreatif melalui pelbagai genre.
  2. Meningkatkan nilai tambah dalam pengetahuan dan bidang tugas penerbit dan jurugambar.
  3. Meneroka eleman tambahan dalam fotografi serta membina skil fotografi yang lengkap dalam penceritaan di lokasi.
  4. Memperkasa kemahiran serta pembangunan kandungan yang berfokus kepada sasaran organisasi.
  5. Menguasai dan memahami tanggungjawab serta bidang tugas yang perlu dikuasai.
Syarat Tambahan

Kursus ini terhad kepada 20 orang peserta secara bersemuka. Sasaran peserta adalah penerbit dan jurugambar dari Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan agensi kerajaan dan pemain industri kreatif di Malaysia.

Modul/Topik
Hari Pertama | 05/08/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TRAINER INTRODUCTION & ICE BREAKING SESSION
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: CREATIVITY vs CONTENT (WHY DO WE NEED CREATIVITY?, CREATIVITY IN CREATING CONTENT, WHAT WORKS AND WHAT NOT)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: IN DEPTH OF VIDEO PRODUCTION (UNDERSTANDING VIDEO PRODUCTION)
Hari Ke-2 | 06/08/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MASTERING YOUR EQUIPMENTS (EQUIPMENTS : CAMERA, EQUIPMENTS : CINEMATIC TOOLS / ACCESSORIES, EQUIPMENTS : AUDIO, EQUIPMENTS : LIGHTING)
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MASTERING THE PROCESS (THE SETUP - CAMERA, AUDIO, LIGTHS & ETC, THE SHOTS / MECHANICS - BASIC SHOTS, BASIC RULE OF SHOOTING, THE EDITING - POST-PRODUCTION TECHNIQUES)
Hari Ke-3 | 07/08/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: DEVELOPING CINEMATOGRAPHY (Research and Planning, Story Treatment & Content Development)
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PRODUCTION DAY & ASSIGNMENT (Participant to be given a production to be produced. All team members will have their roles working as a team to plan and execute a production with limited resources)
Hari Ke-4 | 08/08/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: APPLYING CINEMATOGRAPHY IN STORIES (Building powerful and Impact Visual & Creative Content)
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: POST-PRODUCTION (Post-production time to edit, do sound and visual effect, compiling all footages they captured and turning it into a solid cinematic video)
Hari Ke-5 | 09/08/2024 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: FINAL PROJECT PRESENTATION & EVALUATION