Carian Kursus

[ KCA0005 ] Kursus Asas Keselamatan Siber [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Peserta kursus akan diberi kesedaran berkaitan ancaman keselamatan siber serta tanggungjawab mereka melindungi maklumat daripada kebarangkalian terdedah kepada pihak yang tidak sepatutnya. Peserta juga akan didedahkan dengan pelbagai isu keselamatan siber serta amalan terbaik bagi tujuan menangani dan mencegah dari menjadi mangsa ancaman siber.

Objektif Kursus
  1. Pada akhir kursus, berdasarkan polisi keselamatan siber, peserta akan dapat:
  2. Memahami konsep asas dan kepentingan keselamatan siber untuk melindungi diri daripada ancaman serangan siber.
  3. Menjelaskan tentang ancaman keselamatan siber, kelemahan keselamatan siber dan serangan siber untuk mengatasi serangan keselamatan siber.
  4. Mengenal pasti dan mencadangkan kaedah pencegahan untuk melindungi data dan maklumat daripada jenayah siber.
Syarat Tambahan

Kursus dijalankan secara dalam talian (tertakluk kepada perubahan masa ke semasa)

Modul/Topik
Hari Pertama | 17/05/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Asas Keselamatan Siber
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Ancaman keselamatan siber, kelemahan dan serangan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kaedah pencegahan untuk mengatasi serangan keselamatan siber