Carian Kursus

[ SZA0025 ] Kursus Human Resource Champions Modul 5: Pengurusan Perkhidmatan dan Prestasi [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini terbuka kepada semua pengurus sumber manusia dan warga perkhidmatan awam secara amnya. Kandungan kursus adalah berkenaan pengurusan perkhidmatan bermula dari lantikan sehingga penamatan perkhidmatan. Urusan kenaikan pangkat, tanggung kerja dan pinjaman turut akan disampaikan oleh para penceramah. Selain daripada itu, kursus ini turut memberikan maklumat berkenaan pengurusan prestasi pegawai awam seperti penetapan SKT, penilaian LNPT, dan anugerah yang diberikan kepada pegawai yang cemerlang dalam perkhidmatan.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
  2. Mengenal pasti urusan pelantikan dalam perkhidmatan secara kontrak.
  3. Mengenal pasti urusan pelantikan dalam perkhidmatan (Peminjaman/pertukaran sementara dan pertukaran tetap).
  4. Mengenal pasti urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat.
  5. Mengenal pasti tatacara penetapan Sasaran kerja Tahunan dan Pengurusan Prestasi (LNPT).
  6. Mengenal pasti urusan berkaitan tanggung kerja. yang terdapat dalam perkeliling perkhidmatan.
  7. Mengenal pasti peraturan berkenaan Dasar Pemisah (Exit Policy) yang sedang berkuat kuasa.
  8. Mengenal pasti anugerah yang terdapat dalam perkhidmatan awam seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Syarat Tambahan

Para peserta perlu menyertai Group WhatsApp yang ditubuhkan bagi memudahkan pengurusan kursus. Pautan untuk menyertai Group WhatsApp akan diberikan dalam Surat Tawaran Berkursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 16/08/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus dan Ice Breaking
: Ice Breaking
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
Hari Ke-2 | 17/08/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak & Urusan Pelantikan Dalam Perkhidmatan (Peminjaman / Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Pengurusan Prestasi (LNPT)
Hari Ke-3 | 18/08/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Tanggung Kerja & Pengiktirafan APC & PPC
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Dasar Pemisah (Exit Policy)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan dan Penilaian Kursus