Carian Kursus

[ KFB0002 ] Kursus Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan (SPPK) Kerja [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan (Kerja) merupakan salah satu Kursus BITARA di Institut Tadbiran Awam Negara. Pengisian kursus merangkumi kuliah, pembentangan serta ujian pemahaman yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi peserta di dalam bidang perolehan (kerja). Peserta yang lulus akan dianugerahkan sijil pentauliahan daripada INTAN.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai dasar, peraturan dan prosedur perolehan bekalan, perkhidmatan serta kerja yang sedang berkuat kuasa;
  2. Membandingkan perbezaan di antara dasar, peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa di dalam mengurus perolehan Kerajaan; dan
  3. Mengaplikasikan kandungan intipati dasar, peraturan dan prosedur dalam pengurusan perolehan Kerajaan.
Syarat Tambahan

i)  Terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Persekutuan/ Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri/ Badan Berkanun;

ii)  Gred kelayakan bermula dari Gred 6 hingga 15 (SSPA) atau Gred 29 ke atas (Bukan SSPA)

iii)  Pernah atau sedang berkhidmat di Bahagian Perolehan Agensi tidak kurang dari dua (2) tahun;

iv)  Melaksanakan proses perolehan yang merangkumi tender serta sebut harga (wajib); dan

v)  Telah mengikuti Kursus Asas Perolehan yang dianjurkan oleh INTAN atau mana-mana Agemsi Kerajaan yang lain

Modul/Topik
Hari Pertama | 20/07/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: - Taklimat pentadbiran kursus - Punca kuasa perolehan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Perolehan Kerja (Requisition/Lantikan Terus/ Sebut Harga)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kaedah Perolehan Kerja (Requisition/Lantikan Terus/ Sebut Harga/Tender)
Hari Ke-2 | 21/07/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Anggaran Kos Projek
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penilaian Perolehan (Teknikal)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penilaian Perolehan (Kewangan)
Hari Ke-3 | 22/07/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pentadbiran Kontrak Perolehan Kerja (Surat Setuju Terima/ Dokumen Kontrak/ Arahan Perubahan Kerja/ Lanjutan Tempoh Masa/ Denda/ dan lain-lain)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pentadbiran Kontrak Perolehan Kerja (Surat Setuju Terima/ Dokumen Kontrak/ Arahan Perubahan Kerja/ Lanjutan Tempoh Masa/ Denda/ dan lain-lain)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Projek Sakit/ Penamatan Kontrak
Hari Ke-4 | 23/07/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Slot Bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Slot Bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC)