Carian Kursus

[ TZA0002 ] Kursus Innovation: Do You Want To Be Creative? [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan meningkatkan keupayaan pemikiran melalui pelbagai teknik pemikiran kreatif di samping menekankan mekanisme pemikiran logik di tempat kerja.  Selain itu, kursus ini bertujuan mengasah pemikiran peserta untuk membolehkan mereka berfikir secara kreatif menerusi pelbagai kaedah latihan dan permainan.  Kursus diadakan secara santai dan melibatkan aktiviti mencetus idea kretif secara berkumpulan.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan Teori serta Konsep Pemikiran Kreatif dan Inovatif;
  2. Menyenaraikan creative tools yang boleh digunakan untuk menjana idea kreatif dalam pekerjaan;
  3. Menerangkan bagaimana creative tools digunakan untuk membuat penambahbaikkan, menyelesaikan masalah mahupun mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan;
  4. Mengaplikasikan creative tools bagi membuat penambahbaikkan, menyelesaikan masalah mahupun mencipta perkhidmatan atau produk baharu dalam pekerjaan bagi meningkatkan kecekapan organisasi; dan
  5. Mengaplikasi best practices yang dipelajari ke arah meningkatkan pembudayaan Inovasi Organisasi
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  • 1.    Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  • 2.    Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.00 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  • 3.    Menyelesaikan pre test pada awal kursus dan post test pada akhir kursus. Link kepada pre dan post test akan diberikan oleh urus setia di ruangan chat window.
  • 4.    Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.
  • 5.    Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  • 6.    Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                            
  • 7.    Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  • 8.    Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 24/05/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran dan taklimat kursus
: Pengenalan kepada kreativiti dan inovasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Creative Tools : Creative, Challenge, Alternative & Concept Fan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Memahami Minda
Hari Ke-2 | 25/05/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Creative Tools : Mind Provocation and Random Input
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Creative Tools : Brainstorming and SCAMPER
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi Creative Idea Jamming (Latihan Dalam Kumpulan)
: Rumusan, Penilaian dan Penutup