Carian Kursus

[ SZA0006 ] Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus selama 4 hari ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang tepat mengenai konsep dan kaedah pengaplikasian protokol yang terkini di Malaysia. Ianya turut bertujuan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah tanggapan terhadap konsep protokol yang diamalkan. Selain itu, kursus ini juga akan turut memberi penekanan terhadap kemahiran etiket sosial dan pengurusan majlis rasmi.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan teori dan amalan protokol serta etiket sosial dalam pengurusan majlis
  2. Mengaplikasi kaedah dan tatacara protokol serta etiket sosial yang betul
  3. Mengaplikasikan hala cara mengurus pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat
Syarat Tambahan

Calon peserta hendaklah memastikan E-MEL RASMI adalah yang terkini kerana pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan die-melkan terus ke e-mel yang telah didaftarkan melalui HRMIS.

Sebarang pemakluman akan dibuat melalui e-mel tersebut.

Modul/Topik
Hari Pertama | 19/02/2023 | Ahad
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Taklimat Kusus
: Ice Breaking
Hari Ke-2 | 20/02/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Panggilan Hormat, Susunan Potret, Susunan Bendera dan Penggunaan Jata Persekutuan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Susunan Keutamaan Persekutuan dan Susunan Tempat Duduk Dalam Majlis Rasmi Kerajaan
Hari Ke-3 | 21/02/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengenalan Kepada: 20 Elemen Protokol 15 Elemen Etiket 16 Elemen Pengurusan Majlis
: Pengendalian dan Pengurusan Majlis Rasmi
SESI 2 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengacaraan Majlis Rasmi
Hari Ke-4 | 22/02/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Etiket Sosial dan Keterampilan Diri Dalam Majlis
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penghasilan SOP Jawatankuasa, Atur Cara Pentadbiran dan Persediaan Simulasi Pengurusan Majlis.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Tertib di Meja Makan
Hari Ke-5 | 23/02/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Simulasi Pengurusan Majlis
SESI 2 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Refleksi dan Penutupan Kursus