Carian Kursus

[ FZA0007 ] Kursus Pertanian Bandar [ Siri 3/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan, galakan, kesedaran dan minat terhadap pertanian bandar dengan menanam sendiri sayuran di persekitaran kediaman. Pendekatan ini sekaligus mampu mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup dan menyokong usaha kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan negara. Peserta akan mempelajari teori dan teknik asas penanaman biji benih sayuran selain boleh dijadikan hobi atau riadah dalam tempoh persaraan.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan elemen asas penanaman bagi memastikan tumbuhan hidup subur;
  2. Menanam biji benih menggunakan tanah dan tanpa tanah; dan
  3. Menanam biji benih menggunakan pelbagai kaedah penanaman.
Syarat Tambahan

Terma & Syarat

  • Kursus ini diutamakan kepada penjawat awam yang berumur 50 tahun dan ke atas.
  • Sekiranya terdapat kekosongan, peserta berumur 50 tahun ke bawah akan dipilih.
  • Peserta berjaya dikehendaki menyediakan beberapa peralatan dan bahan tertentu untuk aktiviti penanaman. Sebahagian yang lain akan disediakan oleh penganjur.

Maklumat  Tambahan

  • Berpakaian kemas dan sopan.
  • Bersedia di kelas sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sesi bermula.
  • Kehadiran penuh 100%.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan (individu/berkumpulan).
Modul/Topik
Hari Pertama | 12/10/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ASAS TANAMAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: TANAM GUNA TANAH (REJUVENATE, REUSED, RECYCLE TANAH)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SEMAIAN
: KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT TANAMAN
Hari Ke-2 | 13/10/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KAEDAH PENANAMAN SECARA HIDROPONIK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PEMBUATAN TAUGEH DAN MICROGREEN
: PEMPROSESAN TANAMAN KEPADA PRODUK IAT
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KISAH KEJAYAAN @ THE SUCCESS STORIES