Carian Kursus

[ SZA0074 ] Kursus Adobe Premiere Pro [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan menerangkan kepada peserta tentang penggunaan perisian Adobe Premiere Pro dalam kerja-kerja penyuntingan video. Sesuai untuk penjawat awam yang melakukan kerja-kerja penyuntingan video. Pengalaman tidak diperlukan, namun sekiranya peserta mempunyai pengetahuan dalam perisian ini atau mana-mana perisian penyuntingan video yang lain, ia adalah amat digalakkan dan membantu peserta dalam mengikuti kursus ini.

Objektif Kursus
  1. Mempelajari fungsi utama serta antaramuka perisian Adobe Premiere Pro.
  2. Meningkatkan kemahiran peserta dalam menyunting video secara tersusun dan profesional.
  3. Memperkenalkan peserta kepada teknik penyuntingan video tahap asas hingga pertengahan.
  4. Menggalakkan kreativiti dan keupayaan teknikal peserta dalam menghasilkan kandungan video.
  5. Membolehkan peserta mengeksport video dengan format dan tetapan yang bersesuaian untuk pelbagai medium penyampaian.
Syarat Tambahan
  1. Komputer disediakan di Makmal Jati, namun penggunaan komputer riba sendiri adalah amat digalakkan supaya mudah untuk membuat ulangkaji di bilik atau membawa pulang bahan kursus ke agensi masing-masing.
  2. Yuran kursus sebanyak RM30.00 perlu dibayar secara dalam talian dan dilangsaikan sebelum 30 Jun 2025 (Isnin).
  3. Sekiranya peserta tidak hadir berkursus namun yuran telah dibayar, bayaran tersebut tidak akan dipulangkan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 01/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada Adobe Premiere Pro dan Antaramuka
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Mengimport Media dan Pengurusan Fail Projek | Asas Penyuntingan Video (Cut, Trim, Sequence)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Menambah Peralihan (Transition) dan Asas Audio (Fade, Adjust Volume etc)
Hari Ke-2 | 02/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penggunaan Teks dan Grafik (Essential Graphics)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan kepada Keyframes (Animasi Ringkas)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pelarasan Warna Asas (Color Correction) | Latihan Projek Mini: Menyunting Video Ringkas
Hari Ke-3 | 03/07/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teknik Penyuntingan Lebih Kemas: Nesting, Audio Sync, Adjustment Layer
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Eksport Video untuk Pelbagai Platform (YouTube, Sosial Media, Pembentangan) | Penghasilan Projek Akhir (Latihan Berstruktur)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Projek, Ulasan, dan Penutupan Kursus